|  Direktori  |  Hubungi Kami  |   Staf   |  Pelajar  |  Pelawat  |

.

 
.

.

English (UK)BahasaMelayuMalaysiaChinese (Simplified)

ARKIB

FSSA Anjur Karnival Jelajah Sains 2019 Di Ranau 22- 24 Februari Ini

RABU, 9 JANUARI - Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) Universiti Malaysia Sabah (UMS) bakal menganjurkan Karnival Jelajah Sains 2019 (KJS 2019) yang akan melibatkan pelajar sekolah di sekitar daerah Ranau pada 22 hingga 24 Februari ini.

Menurut Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) FSSA, Dr. Mohd Sani Sarjadi, KJS 2019 mensasarkan sekurang-kurangnya penyertaan dari 11 buah sekolah di sekitar daerah Ranau.

“Program ini diadakan bertujuan untuk memupuk minat pelajar terhadap aliran Sains dan Teknologi yang ditawarkan di institusi-institusi pendidikan tinggi secara amnya, dan di FSSA secara khusus dan seterusnya mendukung prinsip Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Bersepadu.

“Di samping itu, karnival ini memberi pendedahan secara terus kepada para pelajar melalui perkongsian maklumat serta aktiviti menarik yang diadakan melibatkan pelajar prasiswazah serta pensyarah dari 14 buah program yang terdapat di FSSA,” katanya.

Dr. Mohd Sani berkata demikian dalam satu kenyataan selepas mengadakan pertemuan bersama pihak pentadbir SMK Ranau bagi membincangkan perancangan karnival tersebut baru-baru ini.

Ujar beliau, 14 program tersebut adalah program Akuakultur (HS27), Bioteknologi (HG07), Geologi (HS21), Sains Marin (HS40), Sains Sekitaran (HS11), Kimia Industri (HS07), Matematik dengan Ekonomi (HS08), Matematik dengan Komputer Grafik (HS09), Fizik dengan Elektronik (HS22), Perhutanan Tropika Antarabangsa (HG19), Teknologi dan Industri Kayu (HY11), Ladang Hutan dan Perhutani (HG23), Taman Alam Semulajadi dan Rekreasi (HG20) dan Biologi Pemuliharaan (HS03).

“Justeru, diharapkan KJS 2019 ini akan memberikan impak serta manfaat kepada para pelajar serta masyarakat di sekitar Daerah Ranau untuk mengenali serta memahami kepentingan Sains dan Teknologi yang semakin berkembang pada ketika ini,” ujar beliau.

Terdahulu, beliau bersama 10 delegasi FSSA, antaranya Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) FSSA, Dr. Jahimin Asik dan Pengarah KJS 2019, Wilter Malandi @ Azwal Aziz serta jawatankuasa utama KJS 2019 telah mengadakan lawatan kerjasama ke SMK Ranau serta mengadakan pertemuan dengan Pengetua SMK Ranau, Barizah Mohd Kahar dan Penolong Kanan Pentadbiran SMK Ranau, Latri Labugan.


IKUTI KAMI

ums qr150 facebook361 twitter361 utube361 flickr361 h linkedin

CAPAIAN PANTAS

PAUTAN LUAR

mygov kpm36 mampu36 

Friend Links:hpl table tops
best swimming goggles