|  Direktori  |  Hubungi Kami  |   Staf   |  Pelajar  |  Pelawat  |

.

 
.

.

English (UK)BahasaMelayuMalaysiaChinese (Simplified)

FAKTA & ANGKA

JABATAN

Perutusan Naib Canselor

Selamat datang ke Universiti Malaysia Sabah (UMS), sebuah institusi pengajian tinggi yang menghasilkan sumber manusia, kepakaran dan ahli profesional dalam pelbagai bidang.


UMS bertekad untuk menjadi pusat penyebaran ilmu pengajian bagi melahirkan pendidikan tinggi yang berkualiti kepada pelajar dan cendekiawan global dan setempat. Oleh itu, UMS telah menetapkan standard kualiti ilmiah yang tinggi agar terus relevan dan berdaya saing seiring dengan perkembangan arus permodenan global dan modal insan berminda kelas pertama yang mampu menerajui kepimpinan negara pada masa akan datang.

Pelajar sarjana muda dan sarjana di UMS menerima bimbingan dan peluang pembelajaran dalam suasana persekitaran yang menekankan inovasi dan bakat. Sejak ditubuhkan, UMS telah memberikan usaha yang konsisten dengan menyediakan ahli akademik yang berkebolehan, membangunkan infrastruktur dan mekanisme moden, dan juga disokong oleh pihak pengurusan yang menyediakan dasar yang berkesan dalam usaha memupuk pemikiran kritis generasi muda.

Terima kasih kepada kakitangan yang berdedikasi dan pelajar serta penyelidik UMS yang bermotivasi tinggi, selaras usaha bagi menjadikan kedudukan universiti sebagai penyedia maklumat berasaskan keperluan dan juga latihan.

Tiga kata kunci yang cukup sinonim bagi menjelaskan apa yang didokong universiti ini ialah inovatif, relevan dan lestari. Gambaran ini lahir dari kepercayaan bahawa inovasi memacu pencapaian dan membantu masyarakat menghadapi cabaran yang bakal dihadapi. Kebolehupayaan kami dalam menghadapi perubahan pesat dalam landskap pendidikan, mengutamakan penyelidikan dan penanda aras antarabangsa sebagai bukti kreativiti dan inovasi lestari.

Sila layari laman web UMS untuk mengetahui lebih lanjut tentang kami, program pengajian yang ditawarkan, bidang penyelidikan, prosedur kemasukan dan juga peluang pekerjaan. Anda juga boleh menggunakan maklumat tersebut untuk membantu membuat pilihan kerjaya anda di sini. Sila hubungi kakitangan berkaitan untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Akhir kata, saya ingin berkongsi dengan anda bahawa UMS berbangga mempunyai kehidupan kampus yang bertenaga seterusnya menggalakkan keharmonian budaya dan cinta pada pengetahuan dan alam sekitar. Lokasi universiti di bandaraya Kota Kinabalu, Sabah, terkenal dengan pelbagai budaya dan sifat kosmopolitan ditambah lagi dengan kecantikan kawasan pesisiran pantai dan tempat-tempat rekreasi sesuai bagi mereka yang ingin terus menetap di sini dan meneruskan kerjaya mereka.

Terima kasih kerana meluangkan masa membaca perutusan saya.


Yang ikhlas,


PROF. DATUK DR D KAMARUDIN D MUDIN

Naib Canselor


IKUTI KAMI

ums qr150 facebook361 twitter361 utube361 flickr361 h linkedin

CAPAIAN PANTAS

PAUTAN LUAR

mygov kpm36 mampu36