|  Directory  |  Contact Us  |   Staff   |   Student   |  Visitor  |

.

 
.

.

English (UK)BahasaMelayuMalaysiaChinese (Simplified)

ARCHIVES

Pupuk Semangat Bersukan, Karnival Sukan HEPA Meriah!

 

karnivalsukan hepa2015ISNIN, 10 OGOS - Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan Karnival Sukan baru-baru ini sebagai memupuk semangat bersukan dalam kalangan kakitangan.

Bertempat di Kompleks Sukan UMS, karnival tersebut disertai jabatan dan pusat di bawah naungan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Prof. Madya Dr Ismail Ali.

Dikenali sebagai Karnival Sukan HEPA, karnival itu menyenaraikan empat kontinjen iaitu Kontinjen Hitam yang melibatkan gabungan staf Pejabat Khas Timbalan Naib Canselor HEPA, Bahagian Kebajikan, Biasiswa dan Tatatertib Pelajar serta Bahagian Kebudayaan Kesenian HEP.

Kontinjen Hijau pula terdiri daripada gabungan staf Pusat Sukan dan Pusat Alumni manakala  Kontinjen Biru adalah daripada kalangan staf Bahagian Perumahan dan Hospitaliti Pelajar HEP.

Kontinjen selebihnya iaitu Kontinjen Kuning terdiri daripada staf Bahagian Kaunseling dan Bimbingan Kerjaya, Zon Bendahari HEP serta Bahagian Pentadbiran.

Semua kontinjen berentap dalam acara sukan Bola Tampar, Futsal, Bola Jaring dan Sepak Takraw pada karnival sehari itu.

Karnival yang buat julung kalinya turut menyaksikan Kontinjen Hijau ternyata jauh lebih gah apabila menjuarai dua kategori sukan iaitu futsal dan bola tampar.

Bola jaring pula dimenangi Kontinjen Hitam, manakala Kontinjen Biru dinobat sebagai pemenang bagi sukan sepak takraw.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor HEPA, Prof. Madya Dr. Ismail Ali dan Ketua Jabatan HEP Azmi Jumat.

Karnival sukan tersebut antara lain bermatlamat mengeratkan hubungan silaturahim antara kakitangan, selain mempromosikan aktiviti kesukanan sebagai aspek yang perlu dititikberatkan dalam penjagaan kesihatan.

Turut diadakan cabutan bertuah kepada semua peserta Karnival Sukan HEPA. -MA & SS-

 

Sumber : Norhana Nordin, HEPA

Foto : Musa Derin HEPA


与我们连结

ums qr150 facebook361 twitter361 utube361 flickr361 h linkedin

快速链接

其他链接

mygov kpm36 mampu36