|  Directory  |  Contact Us  |   Staff   |   Student   |  Visitor  |

.

 
.

.

English (UK)BahasaMelayuMalaysiaChinese (Simplified)

ARCHIVES

Guna Peluang Pengajian Tinggi untuk Sumbang kepada Masyarakat

Oleh Sainah Mustakim dan Mohd Affzanizam Mohd Amin

 

ISNIN, 14 SEPTEMBER - Pusat Pengajian Pascasiswazah (PASCA) mengadakan Hari Pendaftaran Pelajar bagi Semester 1 Sesi 2015/2016 bertempat di Dewan Kuliah Pusat ke-2, Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini.

 

Pendaftaran itu menyaksikan seramai 654 pelajar baharu termasuk beberapa pelajar antarabangsa dari Bangladesh, Brunei, China dan Indonesia.

 

Para pelajar pascasiswazah kemudiannya diingatkan dalam taklimat pengenalan agar menggunakan peluang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah secara maksimum seterusnya menamatkan pengajian dengan cemerlang dan menabur bakti kepada masyarakat melalui ilmu yang diperoleh.

 

Dekan Pusat Pengajian Pascasiswazah Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Datin Dr. Mariam Abdul Latip berkata, para pelajar dalam dan luar negara yang terpilih untuk menyambung pengajian di universiti akan mendapat nilai tambah yang baik kepada diri mereka sekali gus mampu memberi impak positif kepada komuniti di negara masing-masing.

 

“Sebagai seorang graduan UMS, saya yakin anda mampu menjalankan tanggungjawab anda dengan cara yang kreatif dan inovatif.

 

“Di sini, anda akan mendapat lebih banyak ilmu pengetahuan, peluang mempelajari teknik dan kemahiran baru, membangunkan idea dan mendidik anda untuk berdikari, kreatif dan bekerja keras,” katanya.

 

Menurutnya Datin Dr. Mariam lagi, menjalankan pengajian di peringkat pascasiswazah bukanlah tugas yang mudah, namun dengan segala bantuan dan bimbingan, cabaran ini akan menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan kepada para pelajar.

 

“Pusat Pengajian Pascasiswazah UMS akan memastikan segala aktiviti sepanjang pengajian para pelajar pascasiswazah dimudahkan dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan dan nasihat kepada para pelajar,” ujarnya. 


与我们连结

ums qr150 facebook361 twitter361 utube361 flickr361 h linkedin

快速链接

其他链接

mygov kpm36 mampu36