|  Directory  |  Contact Us  |   Staff   |   Student   |  Visitor  |

.

 
.

.

English (UK)BahasaMelayuMalaysiaChinese (Simplified)

UMS – UNTL Jalin MoU Kukuh Kerjasama Serantau

MoU UMS-UNTLSELASA, 01 APRIL - Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman bersama National University of Timor-Leste (UNTL) pada Isnin.

Pemeteraian memorandum tersebut telah disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatnya dari Republik Demokratik Timor Leste, Kay Rala Xanana Gusmao di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Pada majlis itu, UMS diwakili oleh Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah; manakala UNTL pula diwakili Rektor, Dr Aurelio Guterres.

Melalui perjanjian berkenaan, pihak UMS dan NUTL akan berkerjasama dalam bidang pendidikan, penyelidikan serta terlibat dalam perkongsian kepakaran. MoU itu juga akan melibatkan mobiliti pelajar dan kakitangan.

Dalam pada itu, UMS juga bakal menjadi kunci hubungan baik antara Malaysia dan republik itu dengan beberapa lagi jalinan kerjasama yang ditandatangani esok.

Turut diadakan Majlis Konvokesyen Komemoratif bagi memberi anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Hubungan Antarabangsa kepada Kay Rala di Dewan Canselor UMS.

Kay Rala juga akan merasmikan Pusat Perhubungan UMS-Timor Leste di Galeri Akademik dan Penyelidikan Bangunan Canselori. –SS

 
Bahagian Media dan Citra
Jabatan Canselori

Gambar: Ernest Berinus
 
 

与我们连结

ums qr150 facebook361 twitter361 utube361 flickr361 h linkedin

快速链接

其他链接

mygov kpm36 mampu36