|  Directory  |  Contact Us  |   Staff   |   Student   |  Visitor  |

.

 
.

.

English (UK)BahasaMelayuMalaysiaChinese (Simplified)

“UMS Rentas Borneo” Dekati Masyarakat

Rentas borneo jainabISNIN, 24 MAC – Kecemerlangan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam pelbagai disiplin ilmu, inovasi, penyelidikan dan sebagainya terus dipertingkatkan lagi dan terbaru, UMS mendekati masyarakat dengan penganjuran program Rentas Borneo yang menjelajah seluruh negeri Sabah.

Program yang dirasmikan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah, Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Hj. Ahmad Ayid di Dataran Dewan Canselor pagi tadi merupakan salah satu daripada aktiviti sambutan ke-20 tahun penubuhan universiti yang menjadi kebanggaan rakyat Sabah.

Menurut Datuk Jainab, asakan daripada pelbagai sudut yang melibatkan pelbagai isu sama ada isu ekonomi, politik, sosial, agama dan sebagainya memerlukan masyarakat berfikir dan bertindak dengan efisien dan efektif dalam pelbagai aspek.

“Amatlah wajar kita melakukan transformasi dan reformasi dalam segenap aspek kehidupan sama ada melibatkan gaya hidup, gaya berfikir, daya usaha dan daya tindak kita,” kata beliau yang turut teruja dengan program mendekati masyarakat yang dianjurkan Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial (SPPS) dan Sekolah Perubatan (SPU), UMS.

“Program mendekatkan masyarakat dengan UMS harus dipuji kerana UMS mempunyai Sekolah Perubatan yang sentiasa turun padang, masuk ke kampung-kampung di pedalaman Sabah, seterusnya membuat penyelidikan dan membuat rawatan terhadap penduduk kampung dan jelas sekali dapat memasarkan jenama UMS kepada masyarakat umum.

“Penglibatan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah turut menjadikan program ini mempunyai impak tinggi terhadap masyarakat dan seharusnya jaringan kerjasama ini dapat diperkukuhkan,” jelasnya yang turut flag off peserta ekspedisi.

Program Rentas Borneo yang menggunakan kenderaan pacuan 4 roda akan membuat perjalanan melalui Beaufort, Sipitang, Tenom, Keningau, Nabawan, Kalabakan, Tawau, Lahad Datu, Tg. Labian, Sandakan, Beluran, Paitan, Pitas, Kota Marudu dan berakhir di Kota Kinabalu pada 30 Mac nanti.

Seramai 80 peserta dengan 20 kenderaan mengikuti perjalanan ini dan akan membuat perhentian di tiga tempat iaitu di SK Pementerian, Nabawan (25 Mac), SK Tg. Labian, Lahad Datu (27 Mac) dan SK Pinangkau, Beluran (29 Mac).

Di setiap lokasi ini, peserta ekspedisi akan mengadakan beberapa aktiviti seperti pemeriksaan dan rawatan kesihatan penduduk kampung, pemeriksaan gigi, jom masuk U, khidmat masyarakat, ceramah akademik dan persembahan kebudayaan. -CD


Bahagian Media dan Citra
Jabatan Canselori




与我们连结

ums qr150 facebook361 twitter361 utube361 flickr361 h linkedin

快速链接

其他链接

mygov kpm36 mampu36