|  Directory  |  Contact Us  |   Staff   |   Student   |  Visitor  |

.

 
.

.

English (UK)BahasaMelayuMalaysiaChinese (Simplified)

Saintis Negara Perlu Jalinkan Hubungan Kerjasama Antarabangsa: MOSTI

marin mosti seminarSELASA, 18 MAC - Sebagai salah sebuah negara yang kaya dengan sumber marin dan akuakultur di rantau ini, adalah penting bagi Malaysia untuk mengekalkan sumber-sumber tersebut bagi memenuhi permintaan hasil laut yang semakin meningkat.

Justeru, bagi memastikan sumber-sumber laut itu dapat dikekalkan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB) tampil menganjurkan Seminar Sains Marin dan Akuakultur Antarabangsa 2014.

Siri persidangan selama tiga hari tersebut merupakan sebuah platform pertukaran ilmu dalam bidang ekosistem marin dan perkembangan sumber makanan laut melalui perikanan lestari dan akuakultur.
Menurut Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Dr. Ewon Ebin; keupayaan produktiviti laut akan terganggu sekiranya perlindungan biodiversiti marin dan sistem sokongan kepada hidupan laut itu tidak dipertingkatkan.

“Cabaran hebat dalam pembangunan mampan sektor ini adalah disebabkan oleh perubahan iklim, yang menyebabkan terjadinya pengasidan laut dan perkara ini memerlukan usaha global untuk menyelesaikannya,” katanya ketika merasmikan persidangan tersebut di Grand Ballroom 1Borneo, Kota Kinabalu.

Menerusi persidangan itu juga, Datuk Dr. Ewon Ebin berharap agar para saintis negara dapat menjalinkan hubungan kerjasama dengan institusi-institusi antarabangsa dalam menangani masalah global tersebut.

Terdahulu, Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah berkata, meskipun eksploitasi berlebihan kepada sumber biologi marin adalah bersifat global, namun setiap negara harus saling bekerjasama ke arah mengawal struktur dan fungsi-fungsi komuniti biologi dalam bidang kuasa masing-masing.

“Ia merupakan satu cabaran yang besar bagi mengurangkan kesan tindakan manusia dan perubahan iklim ke atas sumber marin sambil membangunkan sistem akuakultur mampan menggunakan teknologi yang serasi dengan piawaian alam sekitar,” ujarnya. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Shariff Abd. Kadir Omang Al-Haj.

Persidangan yang dihadiri lebih 100 peserta dari dalam dan luar negara itu merupakan anjuran UMS dengan kerjasama Jabatan Perikanan Malaysia, Lembaga Pelabuhan-pelabuhan Sabah, Lembaga Pemegang Amanah Taman-taman Sabah, World Wildlife Fund (WWF) serta Direktorat Oseanografi Kebangsaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan. -ZMD


Bahagian Media dan Citra
Jabatan Canselori

Gambar: Ramdan Nain

 

与我们连结

ums qr150 facebook361 twitter361 utube361 flickr361 h linkedin

快速链接

其他链接

mygov kpm36 mampu36