|  Directory  |  Contact Us  |   Staff   |   Student   |  Visitor  |

.

 
.

.

English (UK)BahasaMelayuMalaysiaChinese (Simplified)

UoW Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang kepada TYT 18 Mac ini

TYT 1RABU, 12 MAC - Pentas Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) sekali lagi bakal mengukir sejarah apabila menjadi  medan utama berlangsungnya Majlis Konvokesyen Komemoratif pada 18 Mac 2014.
 
Acara berprestij tersebut diadakan sempena Majlis Penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang University of Wolverhampton (UoW) United Kingdom kepada Yang Di-Pertua Negeri Sabah merangkap Canselor UMS, Tuan Yang Terutama Tun Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin.
 
Majlis penganugerahan dijangka akan disempurnakan oleh Naib Canselor universiti itu, Prof. Geoff Layer.
 
Dijadual hadir sama, Ketua Menteri Sabah merangkap Pro Canselor UMS; Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman; Pro Canselor UMS, Yeoh Tiong Lay dan Toh Puan Hajah Norlidah RM Jasni.
 
Dilahirkan pada 5 November 1953 di Kampung Tambisan, Sandakan; Tun Haji Juhar telah mendapat pendidikan awal di Government Primary School Tambisan (1965) sebelum melanjutkan pelajaran hingga tingkatan tiga di Government Secondary School Sandakan (1970).  
 
Beliau kemudiannya menuntut di Sabah College dalam tingkatan empat dan lima pada tahun 1971 hingga 1972 sebelum melanjutkan pengajian ke luar negara.
 
Pada tahun 1975, Yang Di-Pertua Negeri Sabah telah menyambung pengajian ke peringkat ‘A Level’ di Technical College Birmingham England. Atas usaha dan semangat yang tidak pernah kenal erti jemu dalam pencarian ilmu, beliau meneruskan lagi pengajiannya sehingga berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera (Undang-Undang) dari The Polytechnic, Wolverhampton (1980) dan Barrister-At-Law, Lincoln’s In London (1981).
 
Kariernya dalam Perkhidmatan Awam bermula pada tahun 1982 apabila dilantik menjadi Majistret Kelas Pertama. Beliau kemudiannya dilantik menjadi Setiausaha Politik pada tahun 1986 hingga 1989 sebelum diberi kepercayaan untuk bertanding dan menang di kawasan Parlimen Kinabatangan pada tahun 1990. Tun Haji Juhar kekal sebagai Ahli Parlimen kawasan tersebut sehingga 1999; dan dalam masa sama, beliau juga telah dilantik memegang jawatan Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat.
 
Selaku Ahli Parlimen dan Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, pelbagai persidangan antarabangsa telah disertai di samping lawatan Ahli Parlimen di dalam dan luar negara. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah mulai tahun 2002 hingga 2010.
 
Tun Haji Juhar telah mendirikan rumah tangga dengan Toh Puan Hajah Norlidah dan dikurniakan dua anak lelaki dan dua perempuan. -SS
 
 
Bahagian Media dan Citra
Jabatan Canselori
 

与我们连结

ums qr150 facebook361 twitter361 utube361 flickr361 h linkedin

快速链接

其他链接

mygov kpm36 mampu36