|  Directory  |  Contact Us  |   Staff   |   Student   |  Visitor  |

.

 
.

.

English (UK)BahasaMelayuMalaysiaChinese (Simplified)

UMS Johan Kejohanan Bola Jaring Piala Toh Puan 2014

Bola JaringSELASA, 18 NOVEMBER - Meskipun berdepan cabaran menetang nama-nama besar, ia sedikit pun tidak melunturkan semangat juang Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk merangkul pingat emas pada Kejohanan Bola Jaring Piala Toh Puan 2014 baru-baru ini.

Mula bermain dengan corak perlahan pada pusingan akhir menentang Persatuan Bekas Penuntut Maktab Sabah (OSCA), kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 6-6 pada separuh masa pertama.

Rentak permainan bertukar pantas apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dengan jaringan-jaringan cantik pada separuh masa kedua yang menyaksikan UMS terus unggul dengan kemenangan bergaya 15-13 menewaskan pasukan OSCA di tempat kedua.

Dalam pada itu, ketua pasukan UMS, Echristella Geordie Akup ketika ditemui berkata, kejayaan mereka diraih hasil semangat berpasukan dan keyakinan tinggi yang dipamerkan oleh para pemain.

“Kejayaan ini akan menjadi penyuntik semangat untuk kami terus memberi saingan pada kejohanan-kejohanan yang akan datang,” tambahnya lagi.

Kejuaraan itu juga sekali gus membolehkan UMS menerima hadiah berupa wang tunai RM 1,000, piala pusingan serta piala iringan.

Seorang pemain UMS, Dayang Anak Manggie turut dinobatkan sebagai Pemain Terbaik kejohanan.

Kejohanan anjuran Persatuan Bola Jaring Sabah (SABANA) itu dirasmikan isteri Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlida Datuk R.M Jasni.-ZMD

Bahagian Media dan Citra
Jabatan Canselori


与我们连结

ums qr150 facebook361 twitter361 utube361 flickr361 h linkedin

快速链接

其他链接

mygov kpm36 mampu36