|  Directory  |  Contact Us  |   Staff   |   Student   |  Visitor  |

.

 
.

.

English (UK)BahasaMelayuMalaysiaChinese (Simplified)

MPP UMS Pelawa Mahasiswa Sertai Hari Terbuka Sukarelawan

sukarelawan hari MPPJUMAAT, 01 MEI - Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) mempelawa mahasiswa untuk bersama-sama menyemarakkan Hari Terbuka Sukarelawan UMS.
 
Menurut Presiden MPP, Alfarid Abraham, hari terbuka itu telah bermula sejak 27 April lalu dan akan berakhir pada 03 Mei ini.
 
“Pelbagai aktiviti kita jalankan sepanjang tempoh program ini yang merupakan inisiatif MPP dalam mempromosikan aktiviti luar bilik kuliah bagi menambah penglibatan rakan mahasiswa,” katanya kepada media UMS.
 
Ujarnya, aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah berbentuk sukarelawan bertujuan untuk memupuk serta menerapkan budaya sukarelawan dalam diri mahasiswa.
 
“Kami tidak menjanjikan perubahan besar pada diri anda untuk menjadi sukarelawan, namun kami sediakan platform yang kami yakin dan percaya mampu mencorak semangat kesukarelawan yang mapan.
 
“Bersama kami jadikan kampus UMS sebagai pusat tarbiah yang melahirkan sukarelawan yang menepati kehendak agama, bangsa dan negara,” tambahnya lagi.
 
Mereka yang ingin menyertai forum sukarelawan hari ini katanya, boleh menghubungi Emmanuel Atin ditalian 019-5880053, manakala esok untuk aktiviti ‘ODEC Second Wave’ boleh menghubungi Saiful Amir Hamzah (017-7278722) dan Farahani Irma (013-3980228) untuk Program Sukarelawan Rumah Kanak-kanak di Kota Kinabalu. –SS

 
Bahagian Media dan Citra
Foto: Majlis Perwakilan Pelajar

与我们连结

ums qr150 facebook361 twitter361 utube361 flickr361 h linkedin

快速链接

其他链接

mygov kpm36 mampu36