|  Directory  |  Contact Us  |   Staff   |   Student   |  Visitor  |

.

 
.

.

English (UK)BahasaMelayuMalaysiaChinese (Simplified)

Program Eksplorasi Alam Bawa Mahasiswa Selamatkan Alam Sekitar

PERSADA HEP 2SELASA, 31 MAC - Sektretariat Permuafakatan Siswa Siswi FELDA (PERSADA) Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Seranta (FELDA) Jabatan Perdana Menteri Negeri Sabah telah menganjurkan program Eksplorasi Alam  di Sungai Kiulu, Tamparuli  baru-baru ini.

Program yang disertai 25 orang mahasiswa itu merupakan salah satu usaha ke arah memberi pengetahuan dan didikan dalam menghargai dan mendalami isu alam sekitar.

Menurut Ketua Seranta Sabah, Asmarah Rikun, kegagalan untuk menjaga kebersihan alam sekitar juga boleh memberi kesan yang besar kepada sektor pelancongan di negara kita.

“Misalnya ia akan membantutkan kegiatan-kegiatan pelancongan tiadak kira yang sedia ada ataupun yang bakal diterokai,” katanya ketika merasmikan program tersebut.

Terdahulu, penyelaras program, Rohani Hadi berkata pencemaran yang berlaku secara berleluasa di negara kita adalah disebabkan oleh pelbagai unsur.

“Mengikut hasil kajian yang dijalankan  Jabatan Alam Sekitar, sebanyak 91 peratus kejadian pencemaran terutamanya pencemaran sungai yang berlaku di negara kita adalah disebabkan oleh najis, sama ada najis haiwan mahupun najis manusia,” ujarnya.

Tambah beliau, penganjuran program yang mempromosikan kempen ‘Cintai Sungai Kita’ itu turut mendapat sokongan penuh daripada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Madya Dr. Ismail Ali.

Antara aktiviti yang dijalankan pada program tersebut termasuklah sesi melukis dan mewarna cawan bertemakan sungai serta perkongsian ilmu berkaitan tanggungjawab masyarakat dalam menjaga ekosistem semula jadi.-ZMD

Bahagian Media dan Citra

Sumber: Jabatan Hal Ehwal Pelajar


与我们连结

ums qr150 facebook361 twitter361 utube361 flickr361 h linkedin

快速链接

其他链接

mygov kpm36 mampu36