|  Directory  |  Contact Us  |   Staff   |   Student   |  Visitor  |

.

 
.

.

English (UK)BahasaMelayuMalaysiaChinese (Simplified)

FSSA Komited Tingkat Kompetensi Staf dan Pelajar

FSSA DekanISNIN, 30 MAC - Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA), Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan lawatan penanda aras di tiga buah Universiti Awam (UA) iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaya (UM) baru-baru ini.

Lawatan tersebut bertujuan untuk mendapatkan gambaran dan melihat dengan lebih dekat mengenai sistem pengurusan Operasi Pentadbiran dan Akademik yang diguna pakai di ketiga-tiga UA tersebut.

Menurut Dekan FSSA, Profesor Madya Dr. Baba Musta, selain dapat mengeratkan jalinan kerjasama antara UA, lawatan tersebut dapat memberi impak pendedahan kepada kakitangan bukan akademik dan memberi idea-idea baharu dalam meningkatkan prestasi dan kelancaran proses kerja.

“Malah, kita dapat melihat amalan-amalan terbaik yang boleh dicontohi dan digunakan oleh FSSA ke arah meningkatkan prestasi kakitangan dan kualiti pengurusan akademik fakulti ke tahap terbaik,” ujarnya.

Lawatan selama tiga hari itu memberi ruang sesi dialog bersama wakil-wakil UA yang dilawati sambil meneroka amalan terbaik dalam mengurus dan meningkatkan kompetensi teras kakitangan.

Selain itu, rombongan tersebut juga berpeluang mendengar perkongsian pengalaman dan kepakaran dalam pengurusan serta perancangan program akademik yang dijalankan di peringkat fakulti.

Pada lawatan tersebut, rombongan yang turut disertai Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Dr. Saafie Salleh dan Timbalan Pendaftar fakulti tersebut, Hasmi Hashim berkesempatan melawat beberapa tempat menarik dalam kampus seperti Galeri Penyelidikan UKM dan Taman Botani UM.-ZMD

Bahagian Media dan Citra
Sumber: Kenny Uwai, FSSA


与我们连结

ums qr150 facebook361 twitter361 utube361 flickr361 h linkedin

快速链接

其他链接

mygov kpm36 mampu36