|  Directory  |  Contact Us  |   Staff   |   Student   |  Visitor  |

.

 
.

.

English (UK)BahasaMelayuMalaysiaChinese (Simplified)

MoU UMS-Adabi Bakal Lahirkan Graduan Berdaya Saing

mou ums adabiRABU, 18 MAC - Para pelajar tahun empat program Teknologi Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP) perlu mengikuti kursus Pembangunan Produk Makanan di syarikat Adabi Consumer Industries Sdn Bhd.

Itu antara aktiviti kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan Adabi yang diumumkan Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah pada majlis penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) semalam.   

Datuk Harun berkata, melalui pengalaman luas yang dimiliki Adabi, amat sesuai pelajar UMS mengikuti kursus itu yang mewajibkan para pelajar membangunkan produk makanan baharu dari sumber-sumber tempatan serta menyediakan pelan perniagaan untuk memasarkan produk tersebut.

“Pengetahuan saintifik dan teknologi digarapkan bersama aspek keusahawanan agar graduan kita kelak mempunyai kelebihan dan berdaya saing,” katanya. 

Menyentuh mengenai MoU berkenaan, beliau memberitahu ia merupakan kesinambungan daripada Surat Niat yang dimeterai pada 2012.

“Pihak UMS amat berbangga dapat menjalin kerjasama dengan peneraju pembuatan makanan tempatan yang telah ditubuhkan sejak 30 tahun lalu dan diusahakan seratus peratus oleh tenaga kerja warga tempatan. 

“Daripada kerjasama UMS dan Adabi, kini sudah terdapat dua produk dalam pasaran seluruh Malaysia yang mempunyai logo UMS dan tagline, ‘Hasil Kerjasama Bersama Universiti Malaysia Sabah.’ Saya percaya ini merupakan satu sejarah dalam bidang akademik di Malaysia dan pertama kali hasil penyelidikan bersama universiti dan syarikat tempatan dipasarkan dengan logo universiti tersebut,” tambahnya Datuk Harun lagi. 

MoU yang ditandatangani itu turut merangkumi kerjasama dalam pengajaran dan pembelajaran, program latihan industri bagi pelajar dan kakitangan akademik FSMP, program penyelidikan dan pembangunan produk, latihan industri untuk kakitangan akademik,  panel penasihat Industri bagi FSMP dan penyelidikan bersama penyelidik dan konsultansi.

Datuk Harun turut mewakili UMS menandatangani dokumen MoU, sementara syarikat Adabi diwakili Presiden, Adrian Yeoh Hj. Roslan.

Hadir menyaksikan upacara itu, Pemangku Pendaftar UMS, No’man Datuk Hj Ahmad dan Dekan FSMP, Prof. Madya Dr. Sharifudin  Md. Shaarani. -SS


Foto: Johaidi Ismail
Bahagian Media dan Citra

与我们连结

ums qr150 facebook361 twitter361 utube361 flickr361 h linkedin

快速链接

其他链接

mygov kpm36 mampu36