|  Directory  |  Contact Us  |   Staff   |   Student   |  Visitor  |

.

 
.

.

English (UK)BahasaMelayuMalaysiaChinese (Simplified)

Simposium Psikologi Dan Kesihatan Sosial-I 2017

Latar Belakang

Simposium Psikologi dan Kesihatan Sosial-I 2017 (SPKS-I 2017) merupakan simposium kali pertama diadakan. Simposium ini diadakan bertujuan untuk membentangkan hasil-hasil penyelidikan yang telah dan sedang dijalankan oleh para penyelidik dan felo penyelidik di Unit Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Sosial (UPPsiKS) serta dapatan kajian mengenai bidang psikologi dan kesihatan sosial oleh para pensyarah, penyelidik, kakitangan awam dan swasta serta pelajar pascasiswazah yang menjalankan kajian di peringkat Master dan PhD.

Simposium ini akan diadakan di Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 17 Mei 2017 (Rabu). Dijangkakan seramai 100 orang peserta daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), badan kerajaan dan badan bukan kerajaan serta pelajar pascasiswazah dalam dan luar UMS di seluruh negara akan menyertai simposium ini.

Jawatankuasa penganjur simposium ini adalah terdiri daripada kakitangan UPPsiKS dan kakitangan FPP, UMS. Memandangkan bidang psikologi merupakan bidang yang sentiasa berkembang dari semasa ke semasa, banyak kajian berkaitan pelbagai bidang dalam psikologi telah dijalankan di Malaysia. Oleh yang demikian, pihak UPPsiKS merasakan adalah satu usaha yang baik sekiranya dapatan kajian yang dijalankan oleh para penyelidik dan felo penyelidik di UPPsiKS dan Fakulti Psikologi dan Pendidikan yang memberi tumpuan kepada bidang psikologi dan kesihatan sosial serta para pengkaji, pensyarah dan pelajar pascasiswazah di seluruh negara dapat dikongsi bersama sebagai perkongsian ilmu dan membuka ruang untuk jalinan kerjasama dalam penyelidikan, penerbitan dan perundingan. Adalah diharapkan peranan dan fungsi bidang psikologi di Malaysia dapat dimanfaatkan dan diperluaskan sesama penyelidik tempatan dan negara serantau melalui penganjuran simposium ini.

Tema Seminar

Tema Simposium Psikologi dan Kesihatan Sosial-i 2017 "Psikologi Dan Kesejahteraan Insan" Simposium ini diadakan sebagai platform kepada penyelidik, ahli akademik, pelajar dalam bidang psikologi khususnya untuk berkongsi dapatan kajian masing-masing di peringkat kebangsaan.

Topik pembentangan Simposium:

  • Psikologi Positif
  • Psikologi Keamanan
  • Psikologi Kesihatan
  • Psikologi Klinikal
  • Psikologi Industri dan Organisasi
  • Pembangunan Belia dan Komuniti
  • Psikologi Kaunseling
  • Psikologi Kanak-kanak dan Keluarga
  • Kerja Sosial
  • Isu-isu Sosial
  • Bidang Sains Sosial dan Sains seperti Pendidikan, Sukan, Kemanusiaan, Kesenian, Agama, Ekonomi, Pengurusan, Bahasa, Budaya, Etnik, Kesihatan, Kejururawatan dan bidang lain yang berkaitan

与我们连结

ums qr150 facebook361 twitter361 utube361 flickr361 h linkedin

快速链接

其他链接

mygov kpm36 mampu36