English (UK)BahasaMelayuMalaysia

MENGENAI KAMI

 
Unit Penyelidikan Air telah ditubuhkan pada 21 September 2010 dibawah Sekolah Sains dan Teknologi yang kini dikenali sebagai Fakulti Sains dan Sumber Alam. Peranan utama Unit Penyelidikan Air adalah untuk mengambil bahagian dalam insiden yang berkaitan dengan air untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah ini dan untuk mencari penyelesaian melalui analisis yang sistematik. Pada masa ini, WRU mempunyai lebih daripada 15 orang penyelidik dari pelbagai disiplin yang mampu menangani dan mencari penyelesaian untuk membendung masalah yang berkaitan dengan air.
 
Selain daripada penyelidikan dan pembangunan, WRU turut aktif terlibat dalam mengadakan seminar dan bengkel yang berkaitan dengan air, menyediakan servis analitikal seperti in-situ, ujian makmal dan perundingan untuk penilaian impak alam sekitar (EIA) dan pemantauan kualiti air yang memenuhi spesifikasi yang terdapat di dalam akta kualiti alam sekitar (Environmental Quality Act 1974), standard kualiti kebangsaan (National Water Quality Standards) dan piawaian air minum kebangsaan (National Drinking Water Standards).

 

Fokus penyelidikan :  

  1. Kesan Penggunaan Tanah dalam Kualiti Air
  2. Hidrologi Alam Sekitar
  3. Toksikologi Akuatik
  4. Kajian Kualiti Air bagi Pulau Kecil