English (UK)BahasaMelayuMalaysia

SEKAPUR SIREH


Selamat datang ke laman web rasmi Unit Penyelidikan Air (WRU), Fakulti Sains dan Sumber Alam, Universiti Malaysia Sabah.

Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda untuk mengenali WRU dengan lebih dekat serta mendapatkan maklumat yang telah kami sediakan dalam laman web ini.

Halatuju utama unit ini adalah untuk memberikan  PERKHIDMATAN dan PERUNDINGAN yang berkaitan dengan kualiti air kepada semua golongan masyarakat khususnya di Sabah.

Melalui unit ini, selain daripada penyelidikan dan pembangunan, WRU turut aktif terlibat dalam mengadakan seminar dan bengkel yang berkaitan dengan air, menyediakan perkhidmatan seperti ujian di dalam makmal dan perundingan untuk penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) dan pemantauan kualiti air yang memenuhi spesifikasi yang tertera dalam Akta Kualiti Alam Sekitar (Environmental Quality Act 1974), Piawaian Kualiti Kebangsaan (National Water Quality Standards) dan Piawaian Air Minum Kebangsaan (National Drinking Water Standards).

Saya harap semoga laman web ini dapat memberikan maklumat yang diperlukan dengan mudah dan cepat. 

Bagi penambahbaikan laman ini kami mengalu-alukan cadangan serta komen semua.

Sekian, terima kasih.

 

Dr. Moh Pak Yan

Ketua

Unit Penyelidikan Air

Fakulti Sains dan Sumber Alam
Universiti Malaysia Sabah