Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli Kelab yang telah memberi peluang kepada saya untuk menerajui kepimpinan KKJB bagi penggal ini iaitu dari tahun 2019 hingga 2021. Saya dan semua ahli exco amat berbesar hati di atas kepercayaan yang diberikan oleh semua ahli.

Kami akan sedaya upaya untuk memenuhi harapan ahli dalam melaksanakan amanat dengan kemampuan dan kudrat yang ada. Program yang kita laksanakan bergerak seiring dengan kehendak Jabatan Bendahari dan menyokong sebarang usaha memperkasakan Jabatan di mata PTJ lain. Penglibatan dalam KKJB memberi pendedahan tentang proses komunikasi dan menggunakan saluran sedia ada secara bertertib dan rasional serta mendahulukan organisasi dan persahabatan.

KKJB akan sentiasa berupaya mengajak semua ahli untuk memperkuatkan ukkhuwah dan komitmen dalam Jabatan Bendahari melalui penglibatan dengan aktiviti terancang. Kita perlu sentiasa berganding bahu dan membantu di antara satu sama lain dalam menghadapi pelbagai gerak kerja mendatang.

Siti Khadizah Binti Yaakub
Presiden
Kelab Kakitangan Jabatan Bendahari (KKJB)