SOALAN LAZIM
BERKAITAN YURAN PENGAJIAN & YURAN ASRAMA

  1. Mengapakah saya masih perlu membayar yuran pengajian yang penuh sedangkan semua proses P&P adalah atas talian?

J : Yuran pengajian dibayar untuk membiayai kos penyediaan sistem dan kemudahan akademikuniversiti. Walaupun pelajar tidak memasuki kampus untuk pembelajaran bersemuka, kuliah masih diadakan (secara dalam talian) dan sistem bantuan akademik masih diberikan. Pentadbiran urusan akademik seperti penjadualan kuliah-kuliah, peperiksaan dan pemantauan prestasi pelajar juga berjalan seperti biasa. Dalam erti kata lain, pelaksanaan kuliah dalam talian tidak mengurangkan kos universiti untuk menyediakan sistem pengajaran dan pembelajaran yang sama berbanding situasi pembelajaran bersemuka di kampus.

Selain itu, semua pelajar yang menuntut di IPTA sebenarnya membayar yuran pengajian yang sangat rendah kerana telah ditanggung oleh Kerajaan dengan hasrat untuk meringankan beban pelajar melalui pemberian subsidi sebanyak ~85% - 90% daripada keseluruhan jumlah yuran yang sepatutnya dibayar oleh pelajar.

  1. Mengapakah Yuran Asrama masih perlu dibayar sedangkan saya belum lagi mendaftar masuk kolej kediaman dan sekarang pelajar tidak dibenarkan hadir ke UMS?

J : Pelajar TIDAK PERLU menjelaskan yuran asrama buat masa ini. Yuran asrama akan DIKECUALIKAN kepada pelajar yang TIDAK menduduki Kolej Kediaman sepanjang PKPB dikuatkuasakan. Yuran asrama pelajar hanya akan dicaj mengikut bilangan hari pelajar menginap dalam asrama.

  1. Saya hanya mahu membayar yuran pengajian sahaja, saya tidak mahu membayar yuran asrama kerana saya belum tinggal dan menggunakan fasiliti asrama. Adakah boleh saya berbuat demikian?

: YA, anda dibenar berbuat demikian. Yuran asrama pelajar hanya akan dicaj mengikut bilangan hari pelajar menginap dalam asrama.

  1. Memandangkan ekonomi keluarga saya tidak baik sekarang, bolehkah saya membayar yuran secara ansuran?

: BOLEH. Namun begitu, peminjam PTPTN hendaklah menjelaskan yuran pengajian terlebih dahulu kerana wang sudah dikreditkan ke dalam akaun pelajar. Bayaran ansuran juga dibolehkan bagi yuran Semester 2 2019/2020 dan Semester 1 2020/2021. Tetapi jika pelajar mempunyai yuran tertunggak Semester 1 2019/2020 dan semester sebelumnya, pelajar WAJIB menjelaskan keseluruhan yuran tertunggak tersebut terlebih dahulu. Pelajar digalakkan merancang kaedah pembayaran yuran secara ansuran bagi mengelakkan bebanan membayar di saat akhir. Bagi mana-mana pelajar yang mempunyai kesulitan untuk menjelaskan yuran, bolehlah berhubung dengan Ketua Bahagian Kebajikan dan Kewangan - Puan Masnahneh (012-863 3624) untuk membincangkan jalan penyelesaian berkaitan pengurusan hutang pelajar, jika perlu.

Mohon pelajar merujuk Kenyataan Rasmi Jabatan Bendahari bertarikh 29 September 2020 berkenaan perkara ini.

  1. Bolehkah saya menangguhkan pembayaran yuran saya sehingga pada hari mencetak slip menduduki peperiksaan?

: BOLEH KECUALI PEMINJAM PTPTN. Pelajar diberi tempoh untuk menjelaskan pembayara yuran sehingga pada hari mencetak slip menduduki peperiksaan. Walau bagaimanapun, pelajar adalah tidak digalakkan menangguhkan pembayaran yuran bagi mengelakkan proses sekatan seperti dihalang menduduki peperiksaan, mencetak keputusan peperiksaan dan mendaftar kursus.

  1. Bagaimanakah jika saya hendak mendapatkan invois pembayaran yuran pengajian sahaja tetapi tidak termasuk yuran asrama? Kerana invois tersebut diperlukan untuk pembayaran yuran pengajian oleh penaja biasiswa saya.

            J: Pelajar bolehlah mengemukakan surat tawaran penaja atas nama pelajar ke emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.. Tuntutan invois akan dibuat kepada penaja mengikut semester (perincian tuntutan adalah merujuk                kepada kandungan surat tajaan).

  1. Bagaimana dengan pengurangan yuran 15% yang diumumkan oleh KPT?

            J: Berdasarkan kenyataan Kementerian Pendidikan Tinggi pada 26 Ogos 2020, IPTA mempunyai pilihan untuk mengurangkan yuran 15% sama ada perkhidmatan, asrama atau aktiviti pelajar.

Oleh itu, pihak UMS telah meneliti perkara ini dan bersetuju untuk memberi pengurangan yuran asrama (tidak lebih 90 hari). Selain itu, pihak UMS telah menyediakan enam (6) Inisiatif #UMSPRIHATIN untuk meringankan serba sedikit beban pelajar seperti Bantuan MyCare sebanyak RM200 dan Pinjaman Jangka Pendek sebanyak RM500 untuk membayar tunggakan yuran pengajian. Bagi mana-mana pelajar yang mempunyai persoalan, bolehlah berhubung dengan Ketua Bahagian Kebajikan dan Kewangan - Puan Masnahneh (012-863 3624).

  1. Pengurangan Yuran Asrama hanya dinikmati oleh pelajar aktif asrama, tetapi tidak oleh pelajar Non- Resident. Jadi pelajar Non-Resident tidak merasa apa-apa pengurangan yuran. Mohon komen UMS?

J: Pengurangan yuran asrama adalah diberikan kepada pelajar yang menduduki asrama atau kolej kediaman kendalian Universiti sahaja. Pengurangan tersebut diberikan sebagai bantuan kepada pelajar walaupun pihak Universiti masih perlu menanggung sepenuhnya kos penyelenggaraan kolej-kolej kediaman. Bagi pelajar Non-Resident, perkara-perkara berkaitan dengan sewaan adalah tertakluk kepada perjanjian atau kontrak sewaan di antara pelajar Non-Resident dengan tuan punya (pemilik) premis kediaman yang disewa. Pihak Universiti tidak mendapat apa-apa manfaat daripada kontrak sewaan antara pelajar Non-Resident dan pemilik premis dan, pada prinsipnya, tidak boleh campur tangan di dalam urusan sewaan tersebut. Oleh itu, pelajar Non-Resident perlu berunding dengan pemilik premis mereka masing-masing bagi membincangkan sebarang kelonggaran. Walau bagaimanapun, kebajikan pelajar Non-Resident sentiasa dipantau oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Pusat Perumahan Pelajar dan Hospitaliti (PPPH), dan pelajar Non-Resident juga masih boleh menikmati bantuan tertentu lain berdasarkan kelayakan Bagi mana-mana pelajar yang mempunyai persoalan, bolehlah berhubung dengan Ketua Bahagian Kebajikan dan Kewangan - Puan Masnahneh (012-863 3624).

 

  1. Bagaimanakah saya boleh menyemak status pembayaran yuran saya?

J: Semakan status yuran boleh dibuat melalui capaian di sistem SMPB untuk semak penyata pelajar https://smp.ums.edu.my. Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus ke talian berikut sepanjang waktu berkerja atau emel ke:

Pelajar Prasiswazah/Asasi/Diploma : 088-320057 (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)

Pelajar Pascasiswazah/DPLI : 088-320056 (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)

Pelajar PLUMS : 010-8352594 (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)

 

       10.  Apakah nombor yang boleh saya hubungi berkenaan dengan penyata akaun pelajar saya?

J: Sebarang pertanyaan tentang akaun pelajar boleh diajukan terus ke talian berikut sepanjang waktu bekerja atau emel ke:

Pelajar Prasiswazah/Asasi/Diploma : 088-320057 (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)

Pelajar Pascasiswazah/DPLI : 088-320056 (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)

Pelajar PLUMS : 010-8352594 (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)

  1. Bagaimana cara untuk saya membayar yuran bagi semester ini ataupun tunggakan yuran jika saya berada di kampung?

              J: Pembayaran boleh dibuat menggunakan salah satu daripada kaedah-kaedah berikut:

  1. Bayaran melalui Boost atau kad debit/kad kredit di Kaunter Bendahari, Universiti Malaysia Sabah
  2. Kaunter Tunai Bank Islam di mana-mana cawangan Bank Islam di seluruh Malaysia.
  3. ATM (Automatic Teller Machine) di mana-mana cawangan Bank Islam di seluruh Malaysia.
  4. Perbankan Internet menggunakan kaedah JomPAY dengan menggunakan biller code 65292 (Universiti Malaysia Sabah)
  5. Menggunakan e-payment : https://fpx.ums.edu.my
  6. Perbankan atas talian (online): Maybank, CIMB Bank, Bank Islam
  1. Jika pelajar tidak tinggal/belum/tangguh/menolak untuk check-in masuk Kolej Kediaman bagi Semester 1 2020/2021, adakah yuran asrama wajib dibayar?

  J: TIDAK. Jika pelajar tidak tinggal/belum/tangguh/menolak untuk check-in masuk Kolej Kediaman bagi Semester 1 2020/2021, Jabatan Bendahari akan memproses discaj yuran asrama pelajar yang         berkenaan bagi Semester 1 2020/2021 berdasarkan pengesahan daripada pihak Pusat Perumahan Pelajar dan Hospitaliti (PPPH). Yuran asrama pelajar hanya akan dicaj mengikut bilangan hari pelajar          menginap dalam asrama.

13.  Jika pelajar telah membayar yuran asrama untuk Semester 1 2020/2021 tetapi tidak tinggal/belum/ tangguh/menolak untuk check-in masuk Kolej Kediaman, adakah bayaran yuran asrama akan dibayar balik/dikembalikan? Jika YA, bagaimanakah pengiraan bayaran balik yuran asrama itu?

              J:  YA, bagi pelajar yang tidak tinggal/belum/tangguh/menolak untuk masuk ke dalam Kolej Kediaman, Jabatan Bendahari akan melakukan proses pembayaran semula kepada pelajar setelah mendapat                     pengesahan daripada Pusat Perumahan Pelajar dan Hospitaliti (PPPH). Yuran asrama pelajar hanya akan dicaj mengikut bilangan hari pelajar menginap dalam asrama. Kaedah pengembalian yuran                     asrama ialah melalui pengkreditan wang ke dalam akaun SMPB pelajar dan dibawa ke semester hadapan. Namun begitu, pelajar boleh mendapat pengkreditan yuran asrama terus ke dalam akaun bank                     hanya jika pelajar berkenaan tidak mempunyai sebarang tunggakan bayaran.

 

14.  Saya telah memohon bantuan MyCare pada semester 2 Sesi 2019/2020, tapi belum ada keputusan sehingga sekarang. Bagaimanakah cara untuk saya mengetahui status permohonan saya               itu?

  J:   Keputusan permohonan bantuan MyCare Semester 2 sesi 2019/2020 telah dikeluarkan pada 3 Julai 2020, Semester 2 sesi 2019/2020. Jika ada sebarang masalah atau persoalan, boleh terus berhubung         dengan Ketua Bahagian Kebajikan & Kewangan Pelajar Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Puan Masnahneh dalam talian 012-863 3624.Sebagai makluman tambahan, permohonan bantuan MyCare Semester 1         sesi 2020/2021 telah dibuka dan pelajar boleh memohon melalui Sistem Maklumat Pelajar Bersepadu pada 9 Oktober 2020.

 

            15.  Bolehkah saya mendaftar kursus jika saya tidak membayar yuran pengajian secara penuh?

 

                J: OLEH kecuali peminjam PTPTN yang perlu membayar yuran pengajian secara penuh. Pelajar dibenarkan untuk mendaftar kursus walaupun belum menjelaskan sepenuhnya yuran pengajian. Pelajar                 diberikan kelonggaran sehingga sebelum hari mencetak slip peperiksaan. Walau bagaimanapun, pelajar dinasihatkan agar tidak menangguhkan pembayaran yuran supaya tidak terbeban di kemudian hari                     kelak.