SOALAN LAZIM BERKAITAN PELAKSANAAN MORATORIUM BAYARAN BALIK PINJAMAN MELALUI POTONGAN GAJI DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

1. Apakah maksud Moratorium bayaran balik pinjaman yang telah diumumkan oleh Bank Negara?
Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan kemudahan Moratorium bayaran balik pinjaman atau pembiayaan bank bagi tempoh 6 bulan bermula April hingga September 2020 bertujuan untuk memberi bantuan kepada individu dan perniagaan yang menghadapi kekangan kewangan sementara berikutan penularan wabak Covid -19.
Moratorium bermaksud penangguhan atau penggantungan sementara obligasi pembayaran balik pinjaman/pembiayaan (pokok dan faedah/keuntungan) untuk jangka masa yang terhad. Maklumat lanjut boleh layari capaian berikut:
https://www.bnm.gov.my/index.php?rp=bm_faqcovid19loan

2. Adakah staff perlu mengemukakan permohonan kepada jabatan Bendahari UMS untuk penangguhan potongan gaji bagi pembayaran balik pinjaman kepada bank, PTPTN atau Skim Pembiayaan Kenderaan dan Komputer UMS?
Staff tidak perlu mengemukakan permohonan kepada jabatan Bendahari berkaitan penangguhan ini.
Penangguhan potongan gaji bagi bayaran balik pinjaman yang dinyatakan dalam Makluman Bendahari adalah secara Automatik.

3. Bilakah penangguhan potongan gaji bagi bayaran balik pinjaman kepada bank, PTPTN dan Skim Pembiayaan Kenderaan dan Komputer UMS ini akan dilaksanakan?
UMS akan melaksanakan penangguhan potongan gaji bagi pembayaran balik pinjaman kepada bank yang disenaraikan, PTPTN dan Skim Pembiayaan Kenderaan dan Komputer UMS SECARA AUTOMATIK mulai gaji bulan April hingga September 2020.

4. Adakah jika potongan gaji ditangguhkan oleh UMS bermakna staff layak untuk menerima kemudahan moratorium daripada Bank?
UMS melaksanakan penangguhan potongan gaji staff bagi pembayaran balik pinjaman atas kapasiti platform kutipan bagi pihak bank dan tidak berkaitan dengan kelayakan staff untuk menerima kemudahan moratorium daripada bank.
Kelayakan bagi kemudahan moratorium adalah berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia. 

5. Apa yang perlu dilaksanakan sekiranya staff masih ingin kekal meneruskan potongan gaji bagi bayaran balik pinjaman Bank atau PTPTN?
Jika staff memilih untuk tidak menerima kemudahan moratorium bank atau PTPTN dan masih ingin kekal meneruskan potongan gaji bagi bayaran balik pinjaman, staff perlu
a. menghubungi bank berkaitan atau PTPTN untuk urusan / pemakluman tidak menerima kemudahan moratorium, dan
b. mengemukakan makluman kepada jabatan Bendahari melalui emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. selewat-lewatnya pada 10 April 2020.

6. Bagaimana cara untuk memaklumkan PTPTN sekiranya staff masih ingin kekal meneruskan potongan gaji bagi bayaran balik pinjaman?
Soalan lanjut berkaitan pinjaman PTPTN boleh layari capaian berikut;

https://www.ptptn.gov.my/faq-bayaran-balik-side/faq-penangguhan-bayaran-balik- pinjaman-ptptn-akibat-penularan-covid-19
atau berhubung dengan pegawai PTPTN https://www.ptptn.gov.my/hubungi-menu/seksyen-potongan-gaji-menu.

7. Bagaimana cara sekiranya staff ingin KEKAL membuat bayaran balik Skim Pembiayaan Kenderaan dan Komputer UMS melalui potongan gaji?
Staff hanya perlu mengemukakan makluman kepada jabatan Bendahari melalui emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. selewat-lewatnya pada 10 April 2020.

8. Bagaimana cara untuk memaklumkan bank jika staff tidak bersetuju menerima kemudahan Moratorium bayaran balik pinjaman?
Staff boleh berhubung dengan bank masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kemudahan Moratorium bayaran balik pinjaman serta kaedah bagi urusan sekiranya tidak menerima kemudahan moratorium.
Staff digalakkan untuk melayari laman sesawang bank bagi mendapatkan informasi terkini berkaitan kemudahan Moratorium yang ditawarkan oleh bank tersebut. Soalan lazim bank yang terlibat (terkini sehingga 31 Mac 2020) boleh dicapai melalui pautan berikut:
a) Bank Islam
https://www.bankislam.com/wp-content/uploads/QA-BM.pdf

b) BankRakyat
https://www.bankrakyat.com.my/repository/1596FAQ%20AUTO%20PENANGGUHA N%20Final.pdf

c) Public Islamic Bank
https://www.pbebank.com/Others/COVID-19.aspx
https://drive.google.com/open?id=1_4Aedi73QNZavZbnT6Yf_5NFJoGYGOvU

d) Al-RajhiBank
https://www.alrajhibank.com.my/images/page_pdfs/FAQ_Covid19_Automatic_Defe rment_Package.pdf

e) MBSB
https://www.mbsbbank.com/storage/misc/Moratorium_FAQ_BM.pdf

f) BSN
https://www.mybsn.com.my/formdownload?formDownloadId=2212

9. Mengapa UMS masih melaksanakan potongan gaji bagi bayaran balik pembiayaan Koperasi (Koperasi UMS Berhad, KOPEKS, COSHARE) dan LPPSA?
UMS melaksanakan potongan gaji kakitangan berdasarkan arahan yang diterima daripada agensi pembiaya selaras dengan terma pembiayaan antara staff dan juga agensi tersebut.
Sebarang perubahan potongan gaji, samada penangguhan atau pemberhentian atau perubahan amaun, hanya akan dilaksanakan setelah menerima arahan daripada agensi pembiaya tersebut.
Pihak UMS akan segera memaklumkan sekiranya ada perubahan atau informasi terkini diterima dari semasa ke semasa.