PERSIDANGAN PEMBANGUNAN ORANG ASAL BORNEO (PPOAB) 2024
Tema: Ke Arah Masyarakat Madani dan Pembangunan Lestari

23 – 24 Mei 2024 [Khamis & Jumaat]
23 - 24 Mei 2024
Platform: Online   |   Download Brochures

Perpustakaan, Universiti Malaysia Sabah

Pengenalan

Hak Orang Asal telah mendapat pengiktirafan di bawah undang-undang antarabangsa khususnya melalui penerimaan Deklarasi mengenai Hak Orang Asal (DHOA) oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 13 September 2007. DHOA mengiktiraf hak penentuan kendiri kepada Orang Asal seluruh dunia. Hal ini bermaksud, Orang Asal atau Orang Asli merupakan benefisiari kepada perkara DHOA seperti berikut:

“Indigenous peoples have the right to self-determination. By that right they freely determine their political status and freely pursue their economic, social, and cultural development.”

Peruntukan di atas mengiktiraf dan memberi perlindungan kepada Orang Asal atau Orang Asli merangkumi aspek politik, pembangunan ekonomi, sosial dan budaya. Pengiktirafan tersebut wajar diberi perhatian kerana Malaysia merupakan salah sebuah negera yang menyokongnya (GA/0612, 107th & 108th Meetings). Walaupun undang-undang antarabangsa mengiktiraf hak Orang Asal, kehidupan Orang Asal termasuklah Orang Asli di Malaysia masih dibelenggu dengan isu ekonomi dan pembangunan, dihimpit kemiskinan dan dianggap mundur kerana terpinggir daripada arus kemodenan yang didominasi oleh masyarakat majoriti.

Sehubungan itu, buat julung kalinya BorIIS, UMS akan menganjurkan sebuah persidangan untuk perkongsian ilmu dengan lebih efektif dan menyeluruh melalui tajuk PERSIDANGAN PEMBANGUNAN ORANG ASAL BORNEO (PPOAB) 2024. Ia merupakan satu wacana perkongsian ilmu yang menfokuskan kepada satu perkara utama iaitu pemerkasaan hak Orang Asal. Seminar ini adalah bersesuaian kepada semua pengkaji sains sosial kerana melibatkan pembentangan rentas disiplin seperti sains politik, undang-undang, budaya, geografi, sejarah dan lain-lain.

Objektif

  • Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman kepada peserta mengenai perkembangan dan isu semasa berkenaan Orang Asal atau Orang Asli yang meliputi pelbagai aspek sosioekonomi dan politik.
  • Meluaskan pengetahuan umum tentang pembangunan Orang Asal atau Orang Asli di seluruh Malaysia khususnya di Sabah.
  • Mewujudkan kerjasama akademik dalam bidang penyelidikan Orang Asal atau Orang Asli di Malaysia.

Perincian Seminar

Image
Tarikh : 23 - 24 Mei 2024
Lokasi : Perpustakaan, Universiti Malaysia Sabah
Penganjur : Institut Kajian Orang Asal Borneo (BorIIS), UMS

Kumpulan Sasaran

Image
Ahli akademik dan pelajar UMS
Ahli akademik dan peserta dari seluruh Malaysia

Sub Tema

Image
1. Pembangunan dan Perubahan Sosioekonomi Orang Asal atau Orang Asli
2. Cabaran Identiti Orang Asal
3. Budaya dan Warisan Orang Asal
4. Pemeliharaan Bahasa Orang Asal
5. Kepentingan Pemetaan Orang Asal
6. Pembangunan Pelancongan Orang Asal
7. Seni Kreatif Orang Asal
8. Lain-lain

Penerbitan & Bahasa

Image
Artikel terpilih dicadangkan akan diterbitkan dalam jurnal seperti SCOPUS, Mycite dan
Peer Review . Yuran penerbitan adalah berasingan dengan yuran persidangan.

BAHASA: Bahasa Melayu & English

Tarikh Penting

Registration & Fees

Image

Payment detail:

Account number : 510013024241
Account name : Universiti Malaysia Sabah
Bank : Maybank Berhad
Swift code : MBBEMYKLXXX (for telegraphic transfer from other countries)
Reference:  Ref-SG18268

Explore UMS

| Offices
  • Faculties
  • Research Institutes 
  • Administration Offices 
  • Colleges
try
| Download Apps
Image
Image
© 2022 JTMK, UMS