FUNGSI PEJABAT CANSELORI

Sebagai Pejabat utama yang membantu memudahkan segala urusan Naib Canselor dalam menjalankan tugas dan fungsi sebagai Ketua Eksekutif sebagaimana yang ditetapkan oleh visi, misi dan objektif penubuhan Universiti.

Menginstitusikan pejabat Naib Canselor dan Timbalan-timbalan Naib Canselor.

Bertanggungjawab menjaga hal ehwal kerahsiaan institusi dalam apa jua keadaan dan situasi.

Menyelaras dan mengkordinasi hubungan di antara pejabat Naib Canselor dan Timbalan-timbalan Naib Canselor dengan Pusat tanggungjawab, pemilik taruh serta masyarakat umum.

Mengurus dan membantu memudahkan segala urusan, kemudahan dan hospitaliti Naib Canselor serta Timbalan-timbalan Naib Canselor.

Memastikan segala penyelarasan berhubungkait dengan perancangan strategik, program dan dasar dilaksanakan dengan jayanya selaras dengan Misi, Visi dan Objektif Universiti.

Mengatur, menyelaras dan memantau perkembangan universiti dalam segala hal pentadbiran dengan cara yang sistematik dan berkesan supaya dapat diuruskan dengan cekap.

Menyemak segala arahan dan keputusan pentadbiran serta perkembangannya supaya dipatuhi dan lebih diperkemaskan.

Mewujudkan dan memelihara hubungan baik lagi mesra dengan pihak luar samada dalam dan luar negara.

Mengurus dan menyelaras pelaksanaan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) dan Mesyuarat Pagi (Mesyuarat Eksekutif Ketua Jabatan/Mesyuarat Eksekutif Universiti).

Mengurus dan menyelaras pelantikan jawatan pentadbiran dalam universiti seperti Dekan, Timbalan Dekan, Pengarah, Timbalan Pengarah, Ketua Unit, Penyelaras Program dan sebagainya.

Mengurus dan menyelaras hal ehwal pentadbiran dan kewangan Pejabat Canselori.