Endowmen

ENDOWMEN

CIEW menyediakan pelbagai pilihan tabung endowmen yang bersesuaian dengan kehendak Penderma. Kesemua derma yang disumbangkan adalah layak untuk mendapat pengecualian cukai di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan, 1967.

Tabung Amanah Biasiswa

Tabung ini ditubuhkan dengan tujuan untuk membiayai pengajian pelajar yang layak sama ada di peringkat prasiswazah atau pascasiswazah tetapi belum menerima apa-apa bantuan kewangan.

Tabung Amanah Pendidikan Am

Tabung ini ditubuhkan dengan tujuan untuk membantu membiayai aktiviti atau program berteraskan akademik dan kebajikan para mahasiswa.

Tabung Amanah Derma Am

Tabung ini ditubuhkan untuk mengumpul dana bagi membiayai apa-apa keperluan yang berkaitan dengan kebajikan pelajar, kakitangan dan kemudahan Universiti. Tabung ini menerima apa-apa bentuk sumbangan termasuk tunai atau aset fizikal lain.

Tabung Amanah Perpustakaan

Tabung ini ditubuhkan dengan tujuan untuk mengumpul dana atau sumbangan kepada Perpustakaan UMS bagi digunakan untuk tujuan membiayai pembelian buku atau bahan cetak berunsur ilmiah, koleksi penerbitan, jurnal serta kemudahan-kemudahan pengajaran dan pembelajaran di Perpustakaan UMS.

Tabung Amanah Fasiliti

Tabung endowmen berasaskan fasiliti ini ditubuhkan dengan tujuan untuk membiayai operasi sesuatu kemudahan yang ada di UMS seperti dewan kuliah, akuarium, bilik tutorial, muzium, makmal penyelidikan, makmal pengajaran, pusat instrumentasi, stadium sukan, kemudahan asrama dan lain-lain fasiliti yang terdapat di UMS.

Tabung Amanah Konservasi

Tabung ini ditubuhkan dengan tujuan untuk mengumpul dana bagi membiayai aktiviti-aktiviti berkaitan dengan pemuliharaan dan perlindungan alam sekitar serta hidupan liar berdsarkan bidang kepakaran yang ada di UMS.

Tabung Amanah Penyelidikan

Tabung ini diwujudkan bertujuan untuk membiayai dan menyokong aktiviti dan pembangunan penyelidikan di UMS terutamanya yang berkaitan dengan niche penyelidikan Universiti.

Tabung Amanah CSR

Tabung ini ditubuhkan adalah bertujuan untuk mendapatkan sumbangan dana daripada pihak syarikat korporat, NGO dan individu. Misi CIEW dalam tanggungjawab sosial korporat adalah untuk menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat Sabah. CIEW juga berhasrat untuk memberikan impak yang berlanjutan, meningkatkan kualiti hidup dan hasil sosio-ekonomi bagi masyarakat di seluruh Sabah.

Tabung Amanah Fakulti

Tabung ini ditubuhkan untuk mengumpul dana atau sumbangan bagi membiayai keperluan akademik dan penyelidikan di Fakulti. Fakulti/Pusat/Institut pilihan adalah seperti berikut:

  • Fakulti Kejuruteraan (FKJ)
  • Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW)
  • Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL)
  • Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI)
  • Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP)
  • Fakulti Pertanian Lestari (FPL)
  • Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK)
  • Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP)
  • Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA)
  • Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP)
  • Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB)
  • Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP)
  • Institut Penyelidikan Bioteknologi (IPB)
  • Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB)