Pelaburan dan Penjanaan Pendapatan

PELABURAN DAN PENJANAAN

PELABURAN

Pusat ini menilai dan mencadangkan kepada pihak pengurusan berkenaan tawaran menarik atau terbaik pelaburan dari institusi Kewangan, tertakluk kepada mandat yang dibenarkan bagi pemantapan pengurusan kewangan dan pelaburan Universiti.

PENJANAAN PENDAPATAN

Pusat ini membantu serta memudahcara penjanaan sumber dalaman Universiti melalui aktiviti-aktiviti seperti yang berikut:

Program Pendidikan dan Latihan Universiti

Membantu dalam Program Pendidikan Jangka Pendek (akademik) dan program latihan kemahiran secara komersial yang diwujud dan ditawarkan oleh JFPIB.

Monetasi Aset Universiti

Meningkatkan hasil dengan memaksimakan penggunaan dan pulangan daripada aset Universiti dalam bentuk kemudahan fizikal, prasarana dan daya tarikan semulajadi.

Pencapaian oleh Syarikat Pegangan Universiti

Memperkasakan semula anak syarikat UMS (UiNVEST) agar dapat merealisasikan objektif penubuhannya dalam membantu meningkatkan pendapatan UMS melalui aktiviti pengkomersilan.