Wakaf

Print

WAKAF

Seksyen Wakaf UMS ditubuhkan selaras dengan inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Negara 2015-2025 (Pendidikan Tinggi), bersesuaian dengan garis panduan dan pengurusan dana wakaf UniTP Purple Book (Enhancing University Income Generation, Endowment and Waqf), iaitu satu inisiatif yang berupaya untuk menyokong kepada sebahagian keperluan dan pembiayaan program kecemerlangan pendidikan dan pembangunan jangka panjang Universiti yang lestari.

Pada masa ini, terdapat dua jenis wakaf yang dibangunkan di UMS iaitu wakaf am dan wakaf khas.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1. Mempromosikan kesedaran dan keutamaan berwakaf di kalangan warga UMS dan lain-lain;

2. Meningkatkan aktiviti kutipan menerusi pelbagai bentuk dan kaedah sumbangan;

3. Membangun dan memperkasakan aset wakaf menerusi program perniagaan dan penjanaan pendapatan yang mampan, progresif, dan produktif berlandaskan konsep dan kehendak syariah Islam; dan 

4. Memastikan aktiviti kutipan dan pengurusan aset wakaf dilaksanakan dengan telus, teratur, dan profesional selaras dengan arahan dan peraturan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.