Image

Mengenai Kami

Penubuhan
Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf

2015: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melancarkan The University Tranformation Programme (UniTP) Purple Book: Enhancing Universiti Income Generation, Endowment & Waqaf dan UniTP Green Book: Enhancing University Board Governance and Effectiveness.

Di bawah inisiatif UniTP ini, Universiti Awam (UA) disasar agar melaksanakan langkah-langkah ke arah melestarikan kewangan dan mengurangkan kebergantungan kepada subsidi kerajaan. Penubuhan Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf adalah selari dengan UniTP Purple Book dan Green Book.

UA digesa mempelbagai sumber pendapatan mereka dengan mengoptimumkan penggunaan sumber melalui aktiviti menjana pendapatan, anak syarikat pegangan universiti, dana endowmen dan dana waqaf.
Image
Image
Image
Image
Image

Visi, Misi & Objektif penubuhan


VISI:

Selaku pemudah laku (enabler) strategik dalam penjanaan pendapatan untuk UMS

MISI:

Untuk membantu UMS mencapai aspirasinya dalam mencapai kebebasan kewangan dengan memaksimakan pulangan daripada sumber asetnya, baik dari sudut intelektual mahupun fizikal, dan memastikan sumber pendapatan lestari untuk universiti 
Objektif
Objektif
adalah untuk membantu mempelbagaikan sumber kewangan dan menggalakkan aktiviti penjanaan pendapatan universiti seperti berikut:

- Meningkatkan aktiviti pengkomersialan seperti program pendidikan dan latihan, monetasi aset dan aktiviti anak syarikat
- Menguruskan kewangan pelaburan
- Menguruskan endowmen dan wakaf