7 Januari 2020

Lawatan dan perbincangan di antara CIEW dan Syarikat Minyak V.W. Enterprise Sdn. Bhd. Pihak CIEW mengucapkan terima kasih kepada En. Jeff Lu, Pengarah dan rombongannya kerana berkunjung ke pejabat CIEW untuk membincangan peluang-peluang kolaborasi yang boleh dibuat di UMS.

23 Januari 2020

Encik Sabaruddin Ramli, Ketua Bahagian Audit Dalam UMS serta pasukan telah menyampaikan taklimat kepada kakitangan CIEW dalam Mesyuarat Audit Entrance Auditan Indeks Akauntabiliti sebagai persediaan dalam menerima kunjungan Audit Negara pada pertengahan tahun ini.

24 Januari 2020

YBrs. Dr. Rafiq Idris, Pengarah CIEW telah menerima kunjungan daripada Puan Sarlona J. Gindug, Pengurus Galeri Tan Sri Azman Hashim (GAH-UMS) serta rombongan. Dalam sesi pertemuan ini Pengarah CIEW telah diberi taklimat ringkas berkenaan pelan operasi GAH-UMS serta cadangan kerjasama yang boleh dilaksanakan oleh kedua-dua pihak dalam masa terdekat dan jangka panjang.

6 Februari 2020

Roadshow Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf ke Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP) UMS yang diketuai oleh Dr Rafiq Idris untuk menerangkan kepada fakulti berkaitan fungsi CIEW, Tabung-Tabung Amanah UMS, Kursi, Wakaf dan penjanaan FSMP. Pihak CIEW ingin mengucapkan terima kasih kepada PM Dr. Hasmadi Muhamad, Timb. Dekan serta seluruh warga FSMP kerana menerima kunjungan daripada pihak CIEW. @ Universiti Malaysia Sabah

14 Februari 2020

Kunjungan oleh Encik Talib Abdullah Shani, Pengarah Pusat Pengurusan Pelajar dan Hospitaliti (PPPH) ke CIEW bersama Dr Syahruddin Ag Ahmad, Pengerusi MAPEK dan Puan Norlina Kamis, Penolong Pendaftar, merupakan salah satu usaha PPPH untuk berkongsi cadangan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kolej kediaman mahasiswa/i dengan kerjasama CIEW.

15-16 Februari 2020

Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf (CIEW) telah memulakan hari pertama retreat dengan sesi sumbang saran ke atas perancangan yang bakal dilaksanakan sepanjang tahun 2020 bagi semua seksyen. Retreat ini telah digemudi oleh Dr Rafiq Idris, Pengarah CIEW dan telah dihadiri oleh Puan Zallifah Shadan, Bendahari UMS, Puan Saima Ismail, Timbalan Bendahari Kanan, Puan Hajah Muhajirah Hj Muchlish, Timbalan Bendahari serta kakitangan CIEW.

17 Februari 2020

Kunjungan Hormat Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf ke Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB) yang diketuai oleh Dr Rafiq Idris (Pengarah CIEW) untuk memberi taklimat berkaitan peranaan CIEW dalam membantu Universiti ke arah kelestarian kewangan melalui aktiviti berkaitan pelaburan, penjanaan, endowmen dan wakaf. Pihak CIEW ingin mengucapkan terima kasih kepada Prof. Madya Dr. Sitti Raehanah Muhamad Shaleh, Pengarah, Timb. Dekan IPMB serta staf pentadbiran kerana menerima kunjungan ini.

19 Februari 2020

Kunjungan Hormat CIEW ke Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) yang diketuai oleh Dr Rafiq Idris (Pengarah CIEW) untuk memberi taklimat berkaitan fungsi CIEW dalam membantu universiti mempelbagaikan sumber kewangan dengan memaksimumkan pulangan sumber asetnya, baik dari segi intelektual mahupun fizikal serta memastikan sumber pendapatan yang lestari untuk universiti. Selain itu CIEW turut mempromosi Tabung-Tabung Amanah Universiti dan Wakaf serta memberi penerangan terperinci berkaitan pengurusan dan kadar agihan Akaun Amanah FSSA. Pihak CIEW mengucapkan terima kasih kepada Prof. Dr. Baba Musta, Dekan serta seluruh warga FSSA kerana menerima kunjungan ini. Semoga perbincangan ini memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

24 Februari 2020

Centre for Investment, Endowment and Wakaf (UMS)+ La Salle Alumni + IIUM Alumni + Sabah Economic and Education Society organised motivation program for Rural School as part as CSR work on Monday (SK Malinsau) in Daily Express and Borneo Post.

http://borneonews.net/2020/02/25/ciew-ums-la-salle-alumni-and-iium-alumni-organized-motivation-programme-for-rural-school/?fbclid=IwAR10R0tvETSheYmgZD2UupyLRGhJ2C9K_S-M5go7A14WDt7tC-Q8owQ1UNY 

Peristiwa 27 Februari 2020

Kunjungan Hormat

Pengarah CIEW, Dr. Rafiq Idris telah mengadakan kunjungan hormat ke Permodalan Nasional Berhad (PNB). Antara lain tujuan kunjungan tersebut adalah untuk memaklumkan kepada pihak PNB produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh CIEW. Turut serta dalam kunjungan ini adalah Prof. Madya Dr. Mohd. Rahimie Karim, Pengarah, Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat (PPSKK) dan Pn. Jurinah Johnny, Penolong Pengarah Seksyen Endowmen, CIEW.

Jerayawara

Jerayawara Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf ke Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW), UMS yang diketuai oleh Dr Rafiq Idris (Pengarah CIEW) untuk menerangkan kepada fakulti berkaitan fungsi CIEW, Tabung-Tabung Amanah UMS, Kursi, Wakaf dan penjanaan FKSW. Pihak CIEW ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr. Mashitah (Dekan Fakulti) serta seluruh warga FKSW kerana menerima kunjungan daripada pihak CIEW.

Kunjungan Hormat

Pengarah CIEW, Dr. Rafiq Idris dan Pn. Jurinah Johnny, Penolong Pengarah CIEW telah mengadakan kunjungan hormat ke Asia-Europe Institute (AEI), University of Malaya. Kunjungan mereka telah disambut oleh pemangku Pengarah Eksekutif AEI, Prof. Madya Dr. Jatswan Singh.

Kunjungan Hormat

Kunjungan Hormat ke Ungku Aziz Centre for Development Studies (Universiti Malaya).

Peristiwa 30 Mac 2020

Perincian

Dr Rafiq Idris, Pengarah CIEW, yang juga merupakan Pengerusi Sabah Economic and Education Society, membuat serahan sumbangan In kind kepada wakil UMS Di HEPA untuk Tabung COVID-19 UMS.

Perincian

CIEW menerima sumbangan daripada pihak Social Empowerment & Economic Development of Sabah (SEEDS) untuk Tabung Bantuan Pelajar UMS COVID-19. Sumbangan tersebut disampai oleh Dr. Rafiq Idris sebagai Timb. Pengerusi SEEDS. Sumbangan diserahkan kepada pihak Jabatan Pelajar & Alumni untuk diaggihkan kepada semua pelajar UMS.

Perincian

Dr Rafiq Idris,Pengarah CIEW, diwakilkan oleh penyumbang iaitu Klinik Pergigian Sulaman, membuat serahan sumbangan In kind kepada wakil UMS Di HEPA untuk Tabung COVID-19 UMS.

Kunjungan Hormat

1 April 2020

Tuan Haji Ismail Assim dan keluarga telah mewakilkan Dr. Rafiq Idris, Pengarah CIEW untuk menyerahkan sumbangan barang-barang keperluan makanan kepada Tabung Bantuan Pelajar UMS COVID-19. Pihak UMS mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan sumbangan yang diberikan.

Kunjungan Hormat

1 April 2020

Tuan Haji Ismail Assim dan keluarga telah mewakilkan Dr. Rafiq Idris, Pengarah CIEW untuk menyerahkan sumbangan barang-barang keperluan makanan kepada Tabung Bantuan Pelajar UMS COVID-19. Pihak UMS mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan sumbangan yang diberikan.

Perincian

5 April 2020

Dr. Rafiq Idriq, Pengarah CIEW mewakili penyumbang iaitu Puan Azlina Aziz (Linaveed Trading) dan Puan Nurfarhana Yazid (Restoran Supreme Ayam Penyet) utk menyerahkan sumbangan kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni. Pihak CIEW mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan sumbangan yang diberikan.

Perincian

13 Julai 2020

Pengarah Pusat Kerjaya dan Alumni (PKA), UMS, Dr. Soon Singh A/L Bikar bersama Timbalan Pengarah PKA, En. Mohd. Raffie Hj. Janau telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah CIEW. Kedua-dua pihak telah bersetuju untuk bekerjasama dalam aktiviti yang melibatkan alumni UMS sebagai salah satu strategi meningkatkan penjanaan PKA khasnya dan UMS amnya.

Perincian

17 Julai 2020

Mesyuarat akhir bagi majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara MUIS-UMS berhubung pelantikan UMS sebagai nazir khas bagi menguruskan Unit Wakaf Pendidikan Tinggi.

Kunjungan Hormat

4 Ogos 2020

Kunjungan Hormat CIEW kepada YBhg. Datuk Soh Poh Soon, Pengarah Urusan, Jesselton Land & Development Sdn Bhd yang juga merupakan ahli JK Pelaburan dan Penjanaan UMS (JKPPU).

Perincian

12 Ogos 2020

Kunjungan Hormat CIEW kepada Perbadanan Pinjaman Sabah. Pihak CIEW ingin mengucapkan terima kasih kepada En. George Taitim Tulas, CEO, En. Victor P. Monsibol, Deputy CEO, dan En. Richard Chiew, HOD (Corporate Services).