BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)

FEE EcoCampus Silver Award 2020

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

       Jawatankuasa Mahasiswa/i Foundation for Environmental Education ( FEE ) EcoCampus UMS di bawah Pusat Pengurusan EcoCampus telah berjaya dianugerahkan FEE EcoCampus Silver Award 2020 oleh World Wide Fund ( WWF ) Malaysia  dan FEE Denmark.

      UMS adalah Universiti Awam dan  Institut Pengajian Tinggi Swasta pertama yang dianugerahkan Silver Award ( dan Bronze Award pada 2019 ). Anugerah in menilai pencapaian universiti, khususnya menerusi penglibatan para mahasiswa/i dalam pelbagai usaha pelestarian kampus dan alam sekitar yang turut merangkumi keterlihatan impak terhadap masyarakat setempat dan para pemegang taruh universiti.