English (UK)BahasaMelayuMalaysia
×

Notice

LanternFish Database plugin not installed correctly or not published - Jomfish will not work in this state

Minggu Kewangan Islam 2020 (MKI 2020)

Pada ketetapan 4 Mac 2020, Persatuan Kewangan Islam Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah melancarkan majlis perasmian Minggu Kewangan Islam (MKI) yang merupakan program sulung Persatuan Kewangan Islam bagi sesi semester ini. Program mingguan ini akan berjalan daripada 2 Mac (Isnin) hingga 7 Mac (Sabtu). Untuk pengetahuan semua, program ini tidak terhad kepada mahasiswa dan mahasiswi UMSKAL sahaja. Malah, terbuka juga kepada komuniti Labuan. Pengarah program MKI, Mohamad Dini Adli Bin Mohamad Zuraidi telah mengutarakan objektif beliau terhadap program ini dengan menyatakan program ini bertujuan untuk melatih mahasiswa bagi menyahut dan menghadapi cabaran dunia kewangan serta dapat menggalakkan mereka untuk mencuba sesuatu yang baru yang jelas sangat berguna di masa hadapan. Selain itu, program ini juga dapat memberi motivasi kepada mahasiswa/i tentang pengurusan kewangan yang dianjurkan Islam. Selain daripada menimba pengalaman, pihak kami juga yakin bahawa program sebegini mampu membantu memupuk keyakinan serta jati diri yang tinggi dalam diri pelajar disamping dapat mewujudkan nilai positif dan arah tuju tersendiri kepada pihak yang terlibat. Pendek kata, program tersebut menyediakan mahasiswa/i yang penuh dengan ilmu pengetahuan sekaligus mengasah kemahiran berkomunikasi dan sahsiah diri.