English (UK)BahasaMelayuMalaysia
×

Notis

LanternFish Database plugin not installed correctly or not published - Jomfish will not work in this state

Soalan Lazim

Soal & Jawab

Q: Bilakah masa permohonan pertukaran program boleh dikemukakan oleh pelajar?

A: Pada tahun pertama pengajian sahaja dan dikemukakan kepada Sekolah dalam tempoh 2 minggu sesuatusemester bermula.

Q: Tempoh tambah gugur kursus sesuatu semester?

A: Dalam tempoh 3 minggu pengkuliahan sesuatu semester.  Selepas minggu ketiga hingga minggu kelapan Tarik Diri kursus.

Q: Permohonan pelepasan kuliah/tutorial ?

A: Surat permohonan rasmi kepada Dekan Sekolah sahaja bersama dengan surat sokongan berkaitan dan dikemukakan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh permohonan pelepasan.

Q: Tangguh Peperiksaan sesuatu semester?

A: Permohonan penangguhan peperiksaan hendaklah dibuat sebelum atau dalam tempoh 48 jam setelah tamatnya peperiksaan bagi kursus berkenaan.  Permohonan atas sebab-sebab kesihatan perlu disertakan dengan surat pengesahan doktor kerajaan atau doktor panel UMS.

Q: Memperoleh Keputusan peperiksaan dengan status Gagal Diberhentikan?

A: Perlu mengemukakan permohonan kepada Dekan Sekolah dengan menggunakan Borang AKAD/A-03 dalamtempoh 4 minggu selepas pengumuman rasmi keputusan peperiksaan beserta bayaran RM100.00

Q: Permohonan Pengecualian Jam Kredit?

A: Boleh dikemukakan dalam tahun pertama pengajian untuk pertimbangan bagi pelajar lepasan Diploma atau setaraf dan dipertimbangkan bagi kursus kuantitatif  Teras Sekolah yang mendapat Gred A sahaja.