Syarahan Perdana Exhibition @ Student Lounge FPEP

Pameran bersempena dengan Syarahan Perdana Prof.Dr.Jennifer Chan Kim Lian baru-baru ini telah berlangsung di Student Lounge FPEP dan terbuka kepada semua pelawat. Ianya turut menerima kunjungan istimewa YB DSP Masidi Manjun, Menteri Kerajaan Tempatan & Perumahan Sabah, Datuk Tan Kok Liang, Presiden Malaysia Association of Tour & Travel Agents (MATTA), Datuk Roselan Johar Mohamed, National Chairman of BIMP-EAGA Business Council Malaysia, Mr Alexander Yee, Owner of Nature Lodge Bilit & KiTA President serta beberapa orang pemain industri pelancongan Sabah. Pameran tersebut yang mempamerkan perjalanan karier serta koleksi bahan-bahan akademik Prof. Jennifer Chan Kim Lian telah dipamerkan selama seminggu turut dilawati oleh Dekan, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansur serta kakitangan fakulti.