BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)

HE02 - PERAKAUNAN

Program Perakaunan (HE02) adalah untuk memupuk akauntan profesional yang bertanggungjawab secara universal dengan kelayakan standard antarabangsa dan kemahiran global dalam memenuhi keperluan profesion, negara, dan pasaran global.

OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM (PEO)
PEO1: Pengamal perakaunan yang mengoptimumkan pengetahuan dan kemahiran praktikal dalam disiplin perakaunan selaras dengan keperluan profesyen perakaunan global. (LO1, LO2, LO3)
PEO2: Pengamal perakaunan yang meningkat dan mempromosi nilai, sikap dan profesionalisme melalui kemahiran dan tanggungjawab sosial. (LO4, LO5, LO6, LO8)
PEO3: Pengamal perakaunan yang mengetuai dan terlibat secara inovatif dalam tugas penyelesaian masalah melangkaui disiplin melalui kerjasama dan komunikasi berkesan. (LO7, LO9, LO10)
PEO4: Pengamal perakaunan yang bertindak balas secara dinamik kepada cabaran kontemporari dengan kemahiran pengurusan dan keusahawanan menerusi kemajuan teknologi dan pembangunan profesional yang berterusan. (LO11)

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (PLO)
PLO1: Memperolehi pengetahuan dalam perakaunan dan pelaporan kewangan mengikut piawaian perakaunan yang diluluskan.
PLO2: Memperolehi pengetahuan dalam maklumat kewangan dan bukan kewangan untuk membantu pengurusan dalam membuat keputusan ekonomi.
PLO3:Mendapatkan pengetahuan untuk melaksanakan audit dan menilai kawalan dalaman entiti perniagaan dengan teknologi yang sesuai dan sikap keraguan profesional.
PLO4: Memperolehi pengetahuan untuk menyediakan penyata cukai dan memberi nasihat berkenaan perkara yang berkaitan dengan cukai ke atas individu dan entiti perniagaan.
PLO5: Memperolehi pengetahuan dalam bidang lain yang berkaitan.
PLO6: Menggunakan dan menilai sistem dan teknologi maklumat untuk mencapai objektif organisasi.
PLO7: Berfikir secara kritis dan mengintegrasi pengetahuan dalam mencadangkan penyelesaian bagi isu perakaunan/undang-undang.
PLO8: Menunjukkan kemahiran tanggungjawab sosial.
PLO9: Berupaya untuk memimpin, bekerjasama dalam pasukan dan berkomunikasi dengan berkesan secara lisan atau secara bertulis dengan pelbagai pemegang taruh.
PLO10: Mempamerkan tingkah laku yang selaras dengan etika dan nilai profesional.
PLO11: Menunjukkan komitmen ke arah pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan profesional.
PLO12: Menunjukkan kemahiran pengurusan dan keusahawanan yang cemerlang.

PROSPEK KERJAYA
Graduan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang luas dalam bidang perakaunan akan mampu untuk memenuhi tuntutan prospek kerjaya yang luas sama ada di sektor awam mahupun swasta. Graduan boleh meneroka bidang kerjaya berkaitan perakaunan seperti perakaunan kewangan, perakaunan pengurusan, pelaporan korporat, perbendaharaan, percukaian, analisis kewangan, analisis perniagaan, perundingan perniagaan, pengurusan risiko, pengurusan kewangan dan lain-lain. Prospek kerjaya tidak hanya terhad dalam bidang perakaunan, tetapi juga bidang kewangan serta bidang-bidang lain yang berkaitan.