BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)

HE04 - KEUSAHAWANAN

Program Keusahawanan (HE04) bermatlamat untuk memupuk eksekutif perniagaan berinovatif dan bertanggungjawab secara universal (berfokuskan kepada keusahawanan dan perniagaan) dalam usaha menyokong aspirasi Negara dalam meletakkan Malaysia sebagai satu hub perniagaan global. Pelajar akan didedahkan dengan pembelajaran teori dan praktikal yang melangkaui persekitaran bilik kuliah dengan harapan melahirkan graduan perniagaan holistik yang memiliki kemahiran keusahawanan yang tinggi.

OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM (PEO)
PEO1: Berpengetahuan dan berkompeten teknikal dalam menangani cabaran perniagaan kontemporari.
PEO2: Efektif dalam berkomunikasi, berperanan dengan baik sebagai pemain pasukan dan menunjukkan kualiti kepimpinan yang baik dalam sebuah organisasi.
PEO3: Mampu menyelesaikan masalah berkaitan bidang keusahawanan, secara kreatif, inovatif, beretika, menggunakan kemahiran nemerasi dan teknikal, dan melalui pendekatan lestari.
PEO4: Mampu menunjukkan kemahiran keusahawanan dan menyedari keperluan pembelajaran sepanjang hayat, serta menggunakan pelbagai aplikasi maklumat, media dan teknologi untuk kemajuan kerjaya.

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (PLO)
PLO1: Mempunyai pengetahuan perniagaan dalam persekitaran perniagaan kontemporari yang luas.
PLO2: Mengaplikasi kebolehan intelektual yang relevan dengan cabaran perniagaan untuk membentuk ide perniagaan baharu, penyelesaian, strategi dan amalan.
PLO3: Menunjukkan kemahiran mengunakan alat , bahan, teknologi dan prosedur dalam perancangan dan pengurusan bagi memperkukuhkan kebolehan professional untuk amalan perniagaan yang lestari.
PLO4: Menunjukkan kemahiran berkomunikasi secara interaktif, perhubungan dan berkolaborasi untuk mengurus pasukan perniagaan.
PLO5: Menunjukkan kemahiran komunikasi perniagaan yang berkesan dalam penyebaran maklumat dengan menggunakan pelbagai saluran komunikasi untuk mencapai sasaran pengguna bagi persekitaran perniagaan.
PLO6: Mengaplikasi kemahiran teknologi digital secara beretika dalam penyimpanan maklumat, pemprosesan data, komunikasi dan penyelesaian masalah cabaran perniagaan yang kotemporari.
PLO7: Menunjukkan kemahiran kuantitatif dan numerikal dalam menganallisa persekitaran perniagaan.
PLO8: Menunjukkan kepimpinan individu dalam membina hubungan dengan pelbagai tahap autonomi dan akauntabiliti dalam sesebuah organisasi perniagaan.
PLO9: Menunjukkan kesungguhan untuk pembelajaran secara berdikari dan pembangunan diri dengan keyakinan diri, kawalan diri, kemahiran sosial dan etika yang sesuai dalam persekitaran perniagaan.
PLO10: Menunjukkan kreativiti, kegigihan dan semangat yang giat untuk memajukan perniagaan.
PLO11: Menunjukkan kesedaran dan rasa hormat terhadap perbezaan etika, sosial dan budaya secara profesional dalam amalan perniagaan.

PROSPEK KERJAYA
Graduan boleh memulakan perniagaan sendiri atau menasihati mana-mana usahawan yang ingin memulakan perniagaan sendiri. Graduan juga boleh mencari peluang pekerjaan sama ada berinovasi atau dalam jawatan keusahawanan yang melibatkan skop yang luas seperti dalam kepimpinan dan berperanan membantu sebuah perusahaan sedia ada, sama ada kecil atau besar, atau mengurus usahaniaga baharu dalam sebuah organisasi besar.