BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)

HE07 - EKONOMI KEWANGAN

Program Ekonomi Kewangan (HE07) bertujuan untuk melahirkan ahli ekonomi yang inovatif, berdaya tahan dan bertanggungjawab secara global dan menyokong aspirasi negara untuk menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi.

OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM (PEO)
PEO1: Ahli ekonomi yang berpengetahuan dan cekap secara  teknikal dalam bidang ekonomi kewangan sejajar dengan kehendak industri tempatan dan global.
PEO2: Ahli ekonomi yang cekap dalam komunikasi, berprestasi baik sebagai sebuah pasukan dan menunjukkan kualiti kepimpinan yang baik dalam organisasi.
PEO3: Ahli ekonomi yang mampu menyelesaikan masalah berkaitan dengan bidang ekonomi kewangan secara kreatif, inovatif, dan beretika menggunakan kemahiran berangka dan teknikal, dan melalui pendekatan yang mampan.
PEO4: Ahli ekonomi yang mampu menunjukkan kemahiran keusahawanan dan mengiktiraf keperluan pembelajaran sepanjang hayat, serta menggunakan pelbagai maklumat, aplikasi media dan teknologi untuk kemajuan kerjaya yang berjaya.

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (PLO)
PLO1: Menunjukkan pengetahuan teknikal dan bukan teknikal asas dan lanjutan dalam konsep, prinsip dan teori perniagaan dan ekonomi.
PLO2: Menggunakan pengetahuan dan kemahiran kognitif dan memberikan penyelesaian kreatif kepada masalah ekonomi dan isu-isu ekonomi kontemporari.
PLO3: Menggunakan pelbagai alat dan kaedah perniagaan dan ekonomi dalam analisis ekonomi.
PLO4: Menunjukkan kemahiran sosial dan tanggungjawab kepada masyarakat dan pemegang taruh yang berkenaan.
PLO5: Menunjukkan keupayaan untuk berkomunikasi secara berkesan dalam pelbagai medium dengan pakar dan bukan pakar.
PLO6: Menunjukkan pembelajaran autonomi dengan menggunakan teknologi digital dan menguruskan maklumat dari sumber yang pelbagai dan bertentangan.
PLO7: Menunjukkan kemahiran kuantitatif dan kebolehan berangka dalam menganalisis isu-isu perniagaan dan ekonomi kontemporari.
PLO8: Menunjukkan kemahiran kepemimpinan dan kemampuan kerja berkumpulan untuk membina hubungan di pelbagai darjah autonomi dengan pelbagai pemegang taruh. 
PLO9: Menunjukkan kemahiran hidup yang sangat baik dan semangat kendiri untuk pembelajaran sendiri, pembangunan kerjaya dan pembelajaran sepanjang hayat.
PLO10: Menunjukkan kemahiran pengurusan dan keusahawanan dalam menyediakan ekonomi yang mampan untuk negara.
PLO11: Menunjukkan nilai dalaman dan sejagat, sikap dan profesionalisme dalam mengharmonikan kesejahteraan ekonomi masyarakat.

PROSPEK KERJAYA
Graduan boleh mencari pekerjaan dalam institusi kewangan seperti bank, syarikat insurans dan amanah saham, korporat kewangan, syarikat pembrokeran, syarikat konsultan kewangan dan sektor awam.