BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)

HE08 - PENGURUSAN PERHOTELAN

Program Pengurusan Perhotelan (HE08) bermatlamat untuk memupuk eksekutif perniagaan berinovatif dan bertanggungjawab secara universal (berfokuskan kepada pengurusan perhotelan) dalam usaha menyokong aspirasi Negara dalam meletakkan Malaysia sebagai satu hub perniagaan global. Pelajar akan didedahkan dengan pembelajaran teori dan praktikal yang melangkaui persekitaran bilik kuliah dengan harapan melahirkan graduan perniagaan holistik yang memiliki kemahiran keusahawanan tinggi. Pelajar akan dilatih untuk berfkiran secara kritis dalam membuat keputusan melalui aktiviti berkumpulan dan juga individu. Program ini distrukturkan untuk membantu graduan menjadi lebih kompetitif dalam bidang perhotelan. Liputan pengkhususan kursus termasuklah pengurusan pejabat hadapan, pengurusan penginapan, pengurusan makanan dan minuman, pemasaran hospitaliti, penyeliaan dalam perhotelan, operasi acara khas, pengurusan perkhidmatan perhotelan dan sistem operasi perhotelan.

OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM (PEO)
PEO1: Kecekapan pengetahuan dan teknikal dalam menguruskan pelbagai sistem operasi hospitaliti. (PLO1) (PLO3)
PEO2: Berkesan dalam komunikasi, prestasi baik sebagai pemain pasukan dan menunjukkan kualiti kepimpinan yang baik dalam organisasi hospitaliti. (PLO4) (PLO5) (PLO8)
PEO3: Mampu menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan bidang industri hospitaliti, secara kreatif, inovatif, etika, menggunakan kemahiran numerik dan teknikal, dan melalui pendekatan yang mampan. (PLO2) (PL07) (PLO11)
PEO4: Dapat menggunakan kemahiran keusahawanan dan mengiktiraf keperluan pembelajaran sepanjang hayat, serta menggunakan pelbagai maklumat, aplikasi media dan teknologi untuk kemajuan kerjaya yang berjaya. (PLO6) (PLO9) (PL010)

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (PLO)
PLO1: Mempunyai pengetahuan dalam pengurusan perniagaan hospitaliti.
PLO2: Mengaplikasi kebolehan intelektual yang relevan dengan cabaran perniagaan hospitaliti untuk membentuk ide perniagaan baru, penyelesaian, strategi dan amalan.
PLO3: Menunjukkan kemahiran mengunakan alat, bahan, teknologi dan prosedur dalam perancangan dan pengurusan bagi memperkukuhkan kebolehan professional untuk amalan perniagaan hospitaliti yang lestari.
PLO4: Menunjukkan komunikasi berinteraktif, kemahiran berhubungan dan berkerjasama dalam menguruskan hospitaliti berpasukan.
PLO5: Menunjukkan komunikasi efektif dalam menyebarkan maklumat menggunakan pelbagai saluran untuk persekitaran dan pelangan hospitaliti.
PLO6: Mengaplikasikan kemahiran teknologi digital secara beretika dalam penyimpanan maklumat, pemprosesan data, komunikasi dan penyelesaian masalah cabaran perniagaan hospitaliti yang kotemporari.
PLO7: Menunujukkan kemahiran kuantitatif dan numerical dalam menganallisa persekitaran perniagaan hospitaliti.
PLO8: Menunjukkan kepimpinan individu dalam membina hubungan dengan pelbagai tahap autonomi dan akauntabiliti dalam sesebuah organisasi perniagaan hospitality.
PLO9: Menunjukkan kesungguhan untuk pembelajaran secara berdikari dan pembangunan diri dengan keyakinan diri, kawalan diri, kemahiran social dan etika yang sesuai dalam persekitaran hospitaliti.
PLO10: Menunujukkan kreativiti, kegigihan dan semangat yang giat untuk memajukan perniagaan hospitaliti.
PLO11: Menunujukkan kesedaran dan rasa hormat terhadap perbezaan etika, social dan budaya secara professional amalan perkhidmatan hospitaliti.

PROSPEK KERJAYA
Dengan pengetahuan dan kepakaran dalam bidang pengurusan perhotelan yang menjadi asas bagi pertumbuhan kerjaya yang professional dalam bidang perhotelan membolehkan graduan menjadi pekerja pilihan utama pengusaha industri hospitaliti. Pada masa yang sama, graduan boleh menjadi seorang usahawan dalam bidang hospitaliti yang mampu mempunyai daya fikir yang kritis dan mempunyai nilai tambah dan kemahiran insaniah yang tinggi.