BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)

HE09 - PERNIAGAAN ANTARABANGSA

Program bermatlamatkan melahirkan eksekutif yang universal dan berinovatif untuk menyokong aspirasi bangsa dalam meletakkan Malaysia sebagai hub perniagaan global.

OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM (PEO)
PEO1: Berpengetahuan dan kompeten dari segi teknikal dalam mengetengahkan cabaran perniagaan kontemporari. (PLO1) (PLO3)
PEO2: Efektif dalam komunikasi, pencapaian baik sebagai pemain pasukan dan dapat mendemonstrasikan kualiti kepimpinan yang baik dalam sebuah organisasi. (PLO4) (PLO5) (PLO8)
PEO3: Mampu menyelesaikan masalah berkaitan dalam bidang perniagaan antarabangsa secara kreatif, berinovatif, secara beretika, menggunakan kemahiran nombor dan teknikal melalui pendekatan mampan. (PLO2) (PLO7) (PLO11)
PEO4: Mampu mendemonstrasikan kemahiran keusahwanan dan mengenalpasti keperluan pembelajaran sepanjang hayat, serta penggunaan maklumat, media dan aplikasi teknologi secara meluas untuk kejayaan peningkatan kerjaya. (PLO6) (PLO9) (PLO10)

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (PLO)
PLO1: Mendemonstrasikan pengetahuan perniagaan dalam pelbagai persekitaran perniagaan kontemporari.
PLO2: Menerapkan kebolehan intelektual yang relevan kepada cabaran perniagaan untuk membentuk ide baru perniagaan, solusi, strategi dan amalan.
PLO3: Mendemonstarikan kemahiran dalam perancangan dan organisasi menggunakan peralatan, metarial, teknologi dan prosedur bagi mengukuhkan kecekapan profesional untuk kemampanan amalan perniagaan.
PLO4: Mendemonstrasikan komunikasi interaktif, kemahiran hubungan dan kolaboratif untuk mengurus pasukan perniagaan.
PLO5: Mendemonstrasikan komunikasi efektif di dalam menyalurkan maklumat menggunakan pelbagai peralatandan pelbagai audien perniagaan dan persekitaran.
PLO6: Menerapkan kemahiran teknologi digital secara beretika daripada pengumpulan maklumat, pemprosesan data, komunikasi dan penyelesaian masalah di dalam cabaran perniagaan kontemporari.
PLO7: Mendemonstarikan kemahiran nombor dan kuantitatif untuk analisis statistik persekitaran perniagaan.
PLO8: Mendemonstrasikan kepimpinan individu untuk membangunkan perhubungan pada tahap autonomi dan kebertanggungjawaban berbeza dalam organisasi perniagaan.
PLO9: Mendemonstrasikan enthusiasm untuk pembelajaran bebas/tidak begantung dan pembangunan kendiri dengan keyakinan kawalan kendiri, kemahiran sosial dan etiquette yang baik dalam persekitran perniagaan.
PLO10: Mendemostrasikan kreativiti, kekuatan dan dorongan dalam perniagaan entrepris.
PLO11: Mendemonstrasikan kesedaran dan penghormatan beretika kepada perbezaan budaya secara professional dalam amalan perniagaan.

PROSPEK KERJAYA
Graduan program ini berkelayakan dalam pelbagai kedudukan kepimpinan dan peranan lain dalam jawatan swasta, awam dan organisa si bukan berasaskan keuntungan. Graduan bersedia pelbagai industri di pelbagai negara sebagai seorang penganalisa perniagaan, generalis sumber manusia, pengurus operasi atau pakar pemasaran dan pelbagai bidang kerja yang lain.