BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)

HE10 - PEMASARAN

Program Pemasaran (HE10) bertujuan untuk memupuk eksekutif perniagaan yang inovatif dan bertanggungjawab di seluruh dunia (memberi tumpuan kepada pemasaran) dalam usaha untuk menyokong aspirasi negara dalam meletakkan Malaysia sebagai hab perniagaan global. Pelajar akan didedahkan kepada pembelajaran teoretikal dan praktikal di luar persekitaran bilik kuliah dengan harapan dapat menghasilkan graduan perniagaan holistik dengan kemahiran pemasaran yang tinggi. Program ini membangunkan pengetahuan asas pelajar melalui pendedahan kepada pelbagai disiplin dalam pemasaran dan pengurusan. Matlamat ini dicapai melalui penawaran pelbagai aspek pengetahuan dalam bidang perniagaan mengikut bidang pengkhususan yang dianggap penting dalam dunia pemasaran. Bidang kepakaran termasuklah pengurusan dan pemasaran yang meliputi pengetahuan mengenai kewangan, perakaunan, pasaran, penjualan, promosi, produk, sumber manusia, budaya silang dan dasar perniagaan antarabangsa. Pelajar akan didedahkan kepada pelbagai kaedah pengajaran seperti analisis kes studi, lawatan industri dan/atau jabatan dan latihan praktikum. Penawaran program ini juga bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja yang berdaya saing dan inovatif serta merealisasikan keinginan untuk menghasilkan graduan cemerlang di peringkat domestik dan global.

OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM (PEO)
PEO1: Ahli ekonomi yang berpengetahuan dan cekap secara teknikal dalam bidang ekonomi sumber manusia sejajar dengan kehendak industri tempatan dan global. (LOD1) (LOD3)
PEO2: Ahli ekonomi yang cekap dalam komunikasi, berprestasi baik sebagai sebuah pasukan dan menunjukkan kualiti kepimpinan yang baik dalam organisasi. (LOD4) (LOD5) (LOD8)
PEO3: Ahli ekonomi yang mampu menyelesaikan masalah berkaitan dengan bidang ekonomi sumber manusia secara kreatif, inovatif, dan beretika menggunakan kemahiran berangka dan teknikal, dan melalui pendekatan yang mampan. (LOD2) (LOD7) (LOD11)
PEO4: Ahli ekonomi yang mampu menunjukkan kemahiran keusahawanan dan mengiktiraf keperluan pembelajaran sepanjang hayat, serta menggunakan pelbagai maklumat, aplikasi media dan teknologi untuk kemajuan kerjaya yang berjaya. (LOD6) (LOD9) (LOD10)

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (PLO)
PLO1: Menunjukkan pengetahuan teknikal dan bukan teknikal asas dan lanjutan dalam konsep, prinsip dan teori perniagaan dan ekonomi.
PLO2: Menggunakan pengetahuan dan kemahiran kognitif dan memberikan penyelesaian kreatif kepada masalah ekonomi dan isu-isu ekonomi kontemporari.
PLO3: Menggunakan pelbagai alat dan kaedah perniagaan dan ekonomi dalam analisis ekonomi.
PLO4: Menunjukkan kemahiran sosial dan tanggungjawab kepada masyarakat dan pemegang taruh yang berkenaan.
PLO5: Menunjukkan keupayaan untuk berkomunikasi secara berkesan dalam pelbagai medium dengan pakar dan bukan pakar.
PLO6: Menunjukkan pembelajaran autonomi dengan menggunakan teknologi digital dan menguruskan maklumat dari sumber yang pelbagai dan bertentangan.
PLO7: Menunjukkan kemahiran kuantitatif dan kebolehan berangka dalam menganalisis isu-isu perniagaan dan ekonomi kontemporari.
PLO8: Menunjukkan kemahiran kepemimpinan dan kemampuan kerja berkumpulan untuk membina hubungan di pelbagai darjah autonomi dengan pelbagai pemegang taruh..
PLO9: Menunjukkan kemahiran hidup yang sangat baik dan semangat kendiri untuk pembelajaran sendiri, pembangunan kerjaya dan pembelajaran sepanjang hayat.
PLO10: Menunjukkan kemahiran pengurusan dan keusahawanan dalam menyediakan ekonomi yang mampan untuk negara.
PLO11: Menunjukkan nilai dalaman dan sejagat, sikap dan profesionalisme dalam mengharmonikan kesejahteraan ekonomi masyarakat.

PROSPEK KERJAYA
Graduan akan berpeluang untuk menyumbang kepakaran pemasaran bersama organisasi di tahap global, multi nasional dan tempatan serta organisasi tidak berasaskan keuntungan. Graduan boleh menceburi bidang berkaitan pemasaran seperti perancang pemasaran, pengurus jualan, pengurus jenama, pengurus produk dan pengiklanan, pengurus peruncitan, pegawai perhubungan awam, pengurus perkhidmatan dan penyelidik pemasaran.