Fakulti Psikologi dan pendidikan menawarkan empat ijazah sarjana muda; Ijazah Sarjana Muda Psikologi Dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Kerja Sosial Dengan Kepujian dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian, dan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan dengan Kepujian.
IJAZAH SARJANA MUDA PSIKOLOGI DENGAN KEPUJIAN
PSIKOLOGI INDUSTRI DAN ORGANISASI
Program ini memperkenalkan pelajar dan melatih mereka dalam ilmu psikologi khususnya yang menyentuh sektor industri dan permasalahan yang berhubung dengan perlakuan organisasi. Antara perkara yang ditangani adalah kepuasan kerja dan pengurusan stres, dinamika kumpulan, komunikasi sesama insan, masalah kesatuan sekerja, kepimpinan dan pengaruh, prejudis dan diskriminasi dalam organisasi dan juga rekabentuk dan perkembangan organisasi.
PEMBANGUNAN BELIA DAN KOMUNITI
Program ini melihat perkembangan belia dari aspek kongnitif, sosial, emosi, moral dan fizikal dengan menggunakan pelbagai orientasi teoritikal bagaimana maklumat asas proses-proses perkembangan mempunyai implikasi kepada masalah-masalah belia dewasa ini dalam kontek komuniti. Program ini juga akan membincangkan perancangan, pelaksanaan serta penilaian program-program pembangunan belia dan komuniti.
PSIKOLOGI KAUNSELING
Program ini menawarkan kursus-kursus yang memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar mengenai profesion kaunseling yang merangkumi teori, teknik dan proses kaunseling di semua peringkat umur yang menghadapi cabaran personal, sosial dan kerjaya. Aspek-aspek utama program ini meliputi falsafah kaunseling, konflik dan penyelasaian konflik yang berpunca daripada ketegangan diri dan masalah sosio ekonomi dan budaya, etika dalam profesion menolong, teknik kunseling dan psikoterapi, kaunseling individu dan kolompok. Program ini juga menyentuh kaunseling dan terapi keluarga, kaunseling industri serta pengalaman kepada kecelaruan psikologi bagi membantu menangani cabaran individu, kumpulan, keluarga dan masyarakat membangun yang berhadapan dengan kepelbagaian masalah dan gelaja sosial.
PSIKOLOGI KANAK-KANAK DAN KELUARGA
Program ini menawarkan kursus-kursus yang memberi pengetahuan mengenai kanak-kanak dan keluarga. Kanak-kanak dan keluarga digabungkan dalam program ini kerana perkembangan kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh keluarga dan peskitarannya. Fokus utama program ini adalah perkembangan bayi dan kanak-kanak, asuhan kanak-kanak dalam berbagai budaya, perkahwinan dan keluarga, keibubapaan, kanak-kanak dalam keluarga bermasalah serta analisis kepada ibubapa yang mempunyai kanak-kanak kurang upaya. Program ini juga menawarkan fizikal dan kongnitif kanak-kanak serta beberapa teknik teraputik untuk membantu kanak-kanak yang bermasalah dari segi fizikal, kognitif dan sosial.
IJAZAH SARJANA MUDA KERJA SOSIAL DENGAN KEPUJIAN
KERJA SOSIAL
Program Kerja Sosial secara umum bertujuan untuk menyediakan bakal-bakal pekerja sosial profesional yang berdedikasi, berinovasi serta mempunyai perspektif yang menyeluruh tehadap fahaman masyarakat serta isu dan masalahnya. Ia juga bertujuan meninggikan pengetahuan, kemahiran tentang proses menolong dan perancangan dalam intervensi kerja sosial. Selain itu program ini bertujuan mewujudkan satu dampak profesional yang peka kepada keperluan dalam masyarakat dan berusaha mencapai kualiti kehidupan yang dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat; dan melengkapkan kepakaran dalam menjalankan perkhidmatan dan penyelidikan yang akan membantu dalam pembentukan dasar dan perancangan sosial.
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN DENGAN KEPUJIAN
PENDIDIKAN DENGAN PENGAJARAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA (TESL)
Program ini bertujuan melatih guru-guru Bahasa Inggeris untuk sekolah-sekolah menengah. Pengambilan terbuka kepada calon lepasan STPM, Matrikulasi dan kelulusan yang setaraf, serta guru-guru bukan siswazah yang mengikut Program Pensiswazahan Guru (PPG)
PENDIDIKAN DENGAN SAINS
Program ini bertujuan melatih guru-guru sains dan matematik untuk sekolah-sekolah menengah. Pengambilan terbuka kepada calon lepasan STPM, Matrikulasi dan kelulusan yang setaraf, serta guru-guru bukan siswazah lepasan maktab perguruan yang mengikuti Program Pensiswazahan Guru (PPG). Program ini akan melahirkan pendidik yang bersahsiah dan berkelayakan Sarjana Muda Pendidikan dalam pengkhususan kursus yang ditawarkan adalah berikut:
Major:Biologi,Kimia,Matematik,Fizik
Minor:Kimia, Biologi, Fizik, Matematik
PENDIDIKAN DENGAN SAINS SOSIAL
Program ini bertujuan melatih guru-guru Sains Sosial untuk sekolah-sekolah menengah. Pengambilan terbuka kepada calon lepasan STPM, Matrikulasi dan kelulusan yang setaraf , serta guru-guru bukan siswazah lepasan maktab. Program ini akan melahirkan pendidikan yang bersahsiah dan berkelayakan sarjana Muda Pendidikan dalam pengkhususan Sains Sosial. Pengkhususan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
Major:Sejarah,Geografi
Minor:Geografi, Sejarah
PENDIDIKAN DENGAN EKONOMI
Program ini bertujuan melatih guru-guru ekonomi untuk sekolah menengah. Pengambilan terbuka kepada calon lepasan STPM, Matrikulasi dan kelulusan yang setaraf, serta guru-guru bukan siswazah lepasan maktab. Program ini akan melahirkan pendidik yang bersahsiah dan berkelayakan Sarjana Muda Pendidikan dalam pengkhususan ekonomi. Pengkhususan kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut:
Major:Ekonomi
Minor:Perakaunan, Pengajian Perniagan
IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SUKAN DENGAN KEPUJIAN
SAINS SUKAN
Program ini bertujuan melahirkan individu yang terlatih dalam bidang Sains Sukan. Terdapat dua penghkususan iaitu:
Pengurusan Sukan
Kejurulatihan
Pengambilan terbuka kepada semua calon (STPM, Matrikulasi dan setaraf) termasuk guru bukan siswazah yang terlatih lepasan daripada maktab perguruan tempatan.
Fakulti Psikologi dan pendidikan menawarkan empat ijazah sarjana muda; Ijazah Sarjana Muda Psikologi Dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Kerja Sosial Dengan Kepujian dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian, dan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan dengan Kepujian.