BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)

Program Pengajian

PSIKOLOGI INDUSTRI DAN ORGANISASI

Program ini memperkenalkan pelajar dan melatih mereka dalam ilmu psikologi khususnya yang menyentuh sektor industri dan permasalahan yang berhubung dengan perlakuan organisasi. Antara perkara yang ditangani adalah kepuasan kerja dan pengurusan stres, dinamika kumpulan, komunikasi sesama insan, masalah kesatuan sekerja, kepimpinan dan pengaruh, prejudis dan diskriminasi dalam organisasi dan juga rekabentuk dan pengembangan organisasi. bermasalah serta analisis kepada ibubapa yang mempunyai kanak-kanak kurang upaya. Program ini juga menawarkan kursus yang menaksir dan menilai perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak serta beberapa teknik teraputik untuk membantu kanak-kanak yang bermasalah dari segi fizikal, kogniti dan sosial.

PEMBANGUNAN BELIA DAN KOMUNITI

Program ini melihat perkembangan belia dari aspek kognitif, sosial, emosi, moral dan fizikal dengan menggunakan pelbagai orientasi teoritikal. Hasil- hasil kajian akan dikemukakan untuk menunjukkan bagaimana maklumat asas proses-proses perkembangan mempunyai implikasi kepada masalah-masalah belia dewasa ini dalam konteks komuniti, teori serta pendekatan dalam pembangunan sosial dan komuniti. Program ini juga akan membincangkan perancangan, perlaksanaan serta penilaian program-program pembangunan belia dan komuniti.

PSIKOLOGI KAUNSELING

Program ini menawarkan kursus-kursus yang memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar mengenai profesion kaunseling yang merangkumi teori, teknik dan proses kaunseling di semua peringkat umur yang menghadapi cabaran personal, sosial dan kerjaya. Aspek- aspek utama program ini meliputi falsafah kaunseling, konflik dan penyelesaian konflik yang berpunca

daripada ketegangan diri dan masalah sosio ekonomi

dan budaya, etika dalam profesion menolong, teknik kaunseling dan psikoterapi, kaunseling individu dan kelompok. Program ini juga menyentuh kaunseling dan terapi keluarga, kaunseling industri serta pengenalan kepada kecelaruan psikologi bagi membantu menangani cabaran individu, kumpulan, keluarga dan masyarakat membangun yang berhadapan dengan kepelbagaian masalah dan gejala sosial.

PSIKOLOGI KANAK-KANAK DAN KELUARGA

Program ini menawarkan kursus-kursus yang memberi pengetahuan mengenai kanak-kanak dan keluarga. Kanak-kanak dan keluarga digabungkan dalam program ini kerana perkembangan kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh keluarga dan persekitarannya. Fokus utam program ini adalah perkembangan bayi dan kanak-kanak, asuhan kanak-kanak dalam berbagai budaya, perkahwinan dan keluarga, keibubapaan, kanak-kanak dalam keluarga.

KERJA SOSIAL

Program Kerja Sosial secara umum bertujuan untuk menyediakan bakal-bakal pekerja sosial profesional yang berdedikasi, berinovasi serta mempunyai perspektif yang menyeluruh terhadap fahaman masyarakat serta isu dan masalahnya. Ia juga bertujuan meninggikan pengetahuan, kemahiran tentang proses menolong dan perancangan dalam intervensi kerja sosial. Selain itu program ini bertujuan mewujudkan suatu dampak profesional yang peka kepada keperluan dalam masyarakat dan berusaha mencapai kualiti kehidupan yang dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat dan melengkapkan kepakaran dalam menjalankan perkhidmatan dan penyelidikan yang akan membantu dalam pembentukan dasar dan perancangan sosial.

PENDIDIKAN DENGAN PENGAJARAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA (TESL)

Program ini bertujuan melatih guru-guru Bahasa Inggeris untuk sekolah-sekolah menengah. Pengambilan terbuka kepada calon lepasan STPM, Matrikulasi dan kelulusan yang setaraf, serta guru-guru bukan siswazah yang mengikut Program Pensiswazahan Guru (PPG)

PENDIDKAN DENGAN SAINS

Program ini bertujuan melatih guru-guru sains dan matematik untuk sekolah-sekolah menengah. Pengambilan terbuka kepada calon lepasan STPM, Matrikulasi dan kelulusan yang setaraf, serta guru-guru bukan siswazah lepasan maktab perguruan yang mengikuti Program Pensiswazahan Guru (PPG).

Program ini akan melahirkan pendidik yang bersahsiah dan berkelayakan Sarjana Muda Pendidikan dalam pengkhususan kursus yang ditawarkan adalah berikut:

Major: Biologi, Kimia, Matematik, Fizik

Minor: Kimia, Biologi, Fizik, Matematik

PENDIDIKAN DENGAN SAINS SOSIAL

Program ini bertujuan melatih guru-guru Sains Sosial untuk sekolah-sekolah menengah. Pengambilan terbuka kepada calon lepasan STPM, Matrikulasi dan kelulusan yang setaraf , serta guru-guru bukan siswazah lepasan maktab. Program ini akan melahirkan pendidikan yang bersahsiah dan berkelayakan sarjana Muda Pendidikan dalam pengkhususan Sains Sosial. Pengkhususan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Major: Sejarah, Geografi

Minor: Geografi, Sejarah

PENDIDIKAN DENGAN EKONOMI

Program ini bertujuan melatih guru-guru ekonomi untuk sekolah menengah. Pengambilan terbuka kepada calon lepasan STPM, Matrikulasi dan kelulusan yang setaraf, serta guru-guru 8 bukan siswazah lepasan maktab. Program ini akan melahirkan pendidik yang bersahsiah dan berkelayakan Sarjana Muda Pendidikan dalam pengkhususan ekonomi. Pengkhususan kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Major: Ekonomi

Minor: Perakaunan, Pengajian Perniagaan

SAINS SUKAN

Program ini bertujuan melahirkan individu yang terlatih dalam bidang Sains Sukan. Terdapat

tiga penghkususan iaitu:

• Pengurusan Sukan

• Kejurulatihan

Pengambilan terbuka kepada semua calon (STPM, Matrikulasi dan setaraf) termasuk guru bukan siswazah yang terlatih lepasan daripada maktab perguruan tempatan.

                                                  SPADAUPPLBUnit Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan SosialJurnal Psikologi dan Kesihatan SosialSAPJ(Southeast Asia Psychology Journal)JPP (Journal for Educational Thinkers)e respond   

                                                                   HR OnlineSmartUMS, E-LearningSistem eLNPTSistem eLNPTJadual Kuliah PendidikanJadual Kuliah Psikologi