About Us

Galeri Azman Hashim UMS, sebuah mercu tanda ikonik dikampus Universiti Malaysia Sabah(UMS), mulai dibina pada tahun 6 Oktober 2017 dan siap akhir tahun 2020.

Projek pembinaan ini telah ditaja sepenuhnya oleh Yayasan Azman Hashim yang berjumlah RM15 juta dan berkeluasan 27,811 kaki persegi saiz bangunan. Kedudukan Galeri Azman Hashim UMS telah dibina bersebelahan Teluk Likas yang dikenali dengan keindahan pemandangan panorama Kota Kinabalu. 

Ciri-ciri struktur rekabentuk yang bulat telah diinspirasi daripada alat muzik tradisional negeri Sabah iaitu "Gong" telah mewujudkan perspektif yang positif serta nilai kesenian borneo itu sendiri. Selain itu, Galeri Azman Hashim UMS juga memiliki ciri-ciri ruang seperti pameran tertutup dan terbuka serta berkoridor. Terdapat juga bilik-bilik lain yang disediakan selain ruang pameran seperti bilik seminar, mini auditorium, bilik digital dan konservatori di tingkat atas galeri.

Hits: 3660