1.Bagaimanakah cara untuk mendapatkan surat jaminan kesihatan sekiranya pelajar ingin mendapatkan rawatan di Hospital Kerajaan?
J: Pelajar boleh mengemukakan permohonan dengan menyertakan butir-butir peribadi secara ringkas seperti nama penuh,no.matrik pelajar,no.kad pengenalan dan hospital mana yang telah dirujuk. Pelajar boleh mengemukakan permohonan melalui email pegawai iaitu Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. ataupun melalui kolej kediaman masing-masing.
2.Adakah pelajar UMS dilindungi oleh insurans?Jenis Insurans apa?
J: Ya.Semua pelajar UMS yang masih aktif berdaftar sepenuh masa adalah dilindungi oleh insurans kelompok keluarga (Insurans Takaful Malaysia) sepanjang tempoh pengajian.Dimaklumkan juga insurans sentiasa diperbaharui setiap tahun.
3.Bagaimanakah cara pelajar boleh menuntut insurans sekiranya berlakunya kematian dan kemalangan?
J: Pelajar boleh mengemukakan dokumen seperti berikut :
a) Kematian disebabkan kemalangan
- Laporan Polis
- Salinan Kad Pengenalan Pelajar
- Salinan Kad Matrik Pelajar
- Salinan Kad Pengenalan Pelajar Waris Pelajar (Ibubapa/penjaga)
- Sijil Kematian
- Permit Penguburan
b) Kematian disebabkan kematian biasa
- Salinan Kad Pengenalan Pelajar
- Salinan Kad Matrik Pelajar
- Salinan Kad Pengenalan Waris Pelajar (Ibubapa/penjaga)
- Sijil Kematian
- Permit penguburan
C) Kemalangan tidak menyebabkan kematian
- Laporan Polis
- Salinan Kad Pengenalan pelajar
- Salinan Kad Matrik Pelajar
- Nota Dicharge
- Bil-bil perbelanjaan perubatan
- Laporan perubatan
d) Manfaat Hospital (Pelajar yang diwadkan 6 jam ke atas)
- Laporan Polis
- Salinan Kad Pengenalan pelajar
- Salinan Kad Matrik Pelajar
- Nota Dicharge
- Bil-bil perbelanjaan perubatan
- Laporan perubatan
Pelajar boleh menghantar dokumen tersebut ke Bahagian Kebajikan dan Kewangan Pelajar,Jabatan Hal Ehwal Pelajar.Pegawai yang dirujuk : Pn.Nurazean binti Sheir (Penolong Pendaftar) / Pn.Hilda Sagulu (Pen.Pegawai Tadbir)
4.Bagaimanakah cara bagi membuat permohonan PTPTN?
J: Pelajar boleh mendapatkan no.pin melalui Bank BSN dengan harga RM5 kemudian perlu mengisi laman sesawang rasmi PTPTN iaitu www.gov.my
5.Adakah JHEP menyediakan bantuan kewangan untuk pelajar?
J: Ya.Pelajar yang aktif berdaftar di UMS(Prasiswazah sahaja) boleh mendapatkan borang bantuan permohonan tabung kebajikan pelajar di Bahagian Kebajikan dan Kewangan Pelajar JHEP.Permohonan adalah dibuka sepanjang tahun dan permohonan yang layak akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan Pelajar mengikut takwim mesyuarat yang telah dijadualkan.
6.Bagaimana cara untuk mendapatkan Buku Rawatan atau Kupon Kesihatan pelajar bagi pelajar yang tinggal di Kolej Kediaman Luar / Non-Resident?
J: Pelajar boleh memohon terus kepada pejabat kolej kediaman masing-masing.Sekiranya pelajar telah kehilangan buku rawatan,pelajar boleh mengemukakan permohonan ke Bahagian Kebajikan & Kewangan Pelajar dengan menyertakan resit pembayaran iaitu sebanyak RM5 bagi setiap permohonan.