Hasil Projek KIK IPMB Berjaya Mendapat Penarafan Emas di Konvensyen Team Execellence Kebangsaan Tahun 2017

Hasil Projek Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Kumpulan Eco-Tech dari Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB), UMS telah berjaya mendapat penarafan Emas dalam Konvensyen Team Excellence Peringkat Kebangsaan 2017 yang telah berlangsung pada 14 hingga 16 November 2017 di Genting International Convention Centre (GICC). Konvensyen ini diadakan bersempena dengan Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition (APIC) 2017. Kumpulan Eco-Tech yang telah ditubuhkan pada 15 Jun 2016 ini telah membentangkan projek yang bertajuk "Pematuhan yang Rendah Terhadap Pengujian Berkala Fasiliti Keselamatan Makmal 'Emergency Safety Shower & Eyewash Station'". Projek ini telah berjaya menghasilkan  produk iaitu Eco-Shower Kit yang berfungsi sebagai alat bantu pengujian berkala Emergency Safety Shower & Eyewash Station.

                                                  

Sebelum kejayaan di peringkat kebangsaan APIC 2017, Kumpulan Eco-Tech telah berjaya mendapat kejayaan di beberapa konvensyen dan pertandingan yang telah disertai. Antaranya:  

Bil.  Program Tempat/Tarikh Pencapaian
1. Konvensyen Kumpulan Penggerak Inovasi UMS 2017 UMS, 24-25 Oktober 2017 Juara Kategori DIY
2. Sabah Creativity & Innovation Technology Exhibition (SCINTEX) ILP Kota Kinabalu, 26-28 Ogos 2017 Anugerah Emas
3. Konvensyen Team Excellence Wilayah Sabah & Sarawak 2017 Kota Kinabalu, 8-9 Ogos 2017  Anugerah Emas
4. Konvensyen KIK Peringkat Universiti Awam Kali ke-13 UNIMAP, 1-3 Ogos 2017 Anugerah Perak
5. konvensyen Kumpulan Penggerak inovasi UMS 2016 UMS, 24-25 Oktober 2016 Fasilitator Terbaik & Tempat Ke-3

 

Please publish modules in offcanvas position.