RAKAN AKUAKULTUR

PENGENALAN

Penubuhan Rakan Akuakultur UMS di bawah IPMB telah dilancarkan secara rasmi pada 15 Jun 2015 oleh Datuk Seri Panglima Yahya Hussin, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah. Penubuhan ini selari dengan semangat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2013-2025, terutamanya dalam memperkasa pengetahuan komuniti.

Institut kami telah pun bekerjasama dengan komuniti tempatan melalui latihan, dialog dan penambahan stok sumber perikanan. Respon positif yang diperolehi telah memberi motivasi kepada IPMB untuk menubuhkan sebuah platform yang dinamakan sebagai Rakan Akuakultur UMS. Pertukaran ilmu akan berlangsung melalui satu program interaksi mampan yang membolehkan kami memahami masalah-masalah praktikal, kekangan pengetahuan tradisi dan kepentingan pengetahuan saintifik.  Ini akan membantu kami membentuk satu keperluan penyelidikan yang akan dapat memberi manfaat kepada komuniti penternak ikan.

Adalah diharapkan faedah-faedah dari kerjasama di antara saintis dan penternak akan memperkenalkan lagi penternakan ikan yang berasaskan pengetahuan yang mana akan dapat membantu merubah perusahaan berskala kecil menjadi berskala sederhana dan seterusnya berkembang maju.  Ahli akademik juga akan mendapat faedah dari segi pengetahuan berkaitan amalan tradisi, dan akan dapat menghargai keserasian dengan persekitaran, dan menyuntik elemen-elemen tertentu dalan sistem penternakan yang mampan.

KUMPULAN SASARAN

  • Pengusaha Akuakultur
  • Komuniti pinggir pantai dan pedalaman
  • Kumpulan belia dan, lepasan sekolah dan universiti
  • Individu yang berminat untuk menceburkan diri dalam perniagaan akuakultur

*Muat turun BORANG PENDAFTARAN AHLI

HUBUNGI KAMI

Dr. Rafidah Othman

Penyelaras

Rakan Akuakultur UMS

Institut Penyelidikan Marin Borneo

Jalan UMS

88400 Kota Kinabalu

Sabah.

Tel: 088-320000 samb. 2596

Faks: 088-320261

Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

Please publish modules in offcanvas position.