Image

@DigitalUMS2023

PENGENALAN

.

Digital UMS dilaksanakan oleh JTMK untuk menyokong aktiviti pembudayaan ICT dalam memastikan inisiatif Smart Campus dapat direalisasikan di peringkat universiti. Melalui inisiatif ini, UMS berharap untuk memperkasakan sistem penyampaian dengan meningkatkan darjah kegembiraan kakitangan dan pelajar dengan melaksanakan inisiatif antaranya kampus tanpa tunai (cashless campus), sumber rujukan digital di perpustakaan (digitalisation of library resources), perkhidmatan atas talian, pembantu maya (virtual helper), penggunaan sistem pengurusan dan pentadbiran bersepadu dan pengurusan maklumat penyelidikan berpusat. Pelaksanaan operasi secara maya ini bertujuan untuk membolehkan kakitangan dan pelajar supaya boleh bekerja secara profesional, berkemahiran tinggi, lebih kreatif dan berinovatif dalam menghasilkan kerja yang tinggi kualitinya untuk memastikan peningkatan kepuasan pengguna terhadap perkhidmatan diberikan.
Image

.

Acara ini menghimpunkan cendekiawan UMS, wakil daripada syarikat swasta dan wakil NGO. Sepanjang program Digital UMS ini, rangkaian aktiviti iaitu mini seminar, jerayawara, pameran, PC fair, e-sport, pertandingan video pendek, virtual run dan technology update diadakan agar semua pemain utama ICT dapat meraikan usaha mereka dan berkongsi berkenaan teknologi baharu. Antara fungsi JTMK adalah membantu memastikan wujud kesetaraan dengan industri di dalam penggunaan teknologi ICT dan merancang keperluan sistem aplikasi untuk membantu dalam pentadbiran dan pengurusan universiti berdasarkan teknologi semasa dan akan datang. Program ini sangat relevan dalam menyokong fungsi ini.

@DigitalUMS2023

OBJEKTIF

Image
Memberi pendedahan berkenaan ruang dan peluang yang ditawarkan oleh pemain ICT utama kepada warga universiti secara keseluruhan
Image
Memupuk kesedaran warga universiti berkenaan perkhidmatan ICT, polisi dan pelaksanaan teknologi pada masa ini dan akan datang
Image
Hebahan dan mempromosi penggunaan dan memaksimumkan faedah perkhidmatan ICT oleh universiti
Image
Mendekatkan jurang pengetahuan ICT di kalangan masyarakat
Image
Menyatukan warga UMS melalui aktiviti berkumpulan dan kesihatan fizikal untuk manfaat warga dan masyarakat umum
Image
Memberi penerangan jelas berkenaan perkhidmatan ICT yang ditawarkan oleh universiti sama ada untuk kegunaan PdP mahu pun pengurusan