ENGBM

|  Direktori  |  Peta Laman  |  Hubungi Kami  |  Staf  |  Pelajar  |

Kata Aluan Pengarah JTMK

 

 

Assalamualaikum dan salam muhibbah kepada semua yang melayari laman ini

JTMK diamanahkan untuk memandu universiti di dalam mendekatkan jurang teknologi ICT untuk menyokong P&P dan juga pengurusan universiti secara amnya. Secara dasarnya, perkhidmatan yang diberikan oleh JTMK disokong oleh Dasar Teknologi Maklumat Universiti yang akan diimplimentasikan di dalam tugasan mahupun aktiviti harian semua warga.

 

Usaha memperkasa perkhidmatan JTMK termasuklah, pemantapan prasarana ICT di dalam kampus induk dan kampus cawangan yang diperkuatkan untuk menjamin kualiti perkhidmatan yang setara sedang dilaksanakan. Hasrat JTMK untuk membawa para cendekiawan universiti untuk sama-sama memberikan khidmat yang terbaik akan dilaksanakan dalam pelan perubahan yang dirancang bermula tahun hadapan.

 

Bermula dengan kumpulan kecil, kini JTMK bakal membesar di bawah satu langkah penyelarasan ke seluruh JSPIU, yang memungkinkan penambahbaikan dan keberkesanan perkhidmatan serta perkembangan kerjaya kakitangan. Pelan ini diharap dapat menyeimbangkan kehidupan dan keharmonian di dalam pekerjaan.

 

JTMK maju dan terus maju di masa akan datang.

Sekian dan terima kasih.