UMS-JTMK-LOGO

PENGENALAN 

Digital UMS dilaksanakan oleh JTMK untuk menyokong aktiviti pembudayaan dalam memastikan inisiatif Smart Campus dapat direalisasikan di peringkat universiti. Melalui inisiatif ini, UMS berharap untuk memperkasakan sistem penyampaian dengan meningkatkan darjah kegembiraan kakitangan dan pelajar dengan melaksanakan inisiatif antaranya kampus tanpa tunai (cashless campus), sumber rujukan digital di perpustakaan (digitalisation of library resources), perkhidmatan atas talian, pembantu maya (virtual helper), penggunaan sistem pengurusan dan pentadbiran bersepadu dan pengurusan maklumat penyelidikan berpusat. Pelaksanaan operasi secara maya ini bertujuan untuk membolehkan kakitangan dan pelajar supaya boleh bekerja secara profesional, berkemahiran tinggi, lebih kreatif dan berinovatif dalam menghasilkan kerja yang tinggi kualitinya untuk memastikan peningkatan kepuasan pengguna terhadap perkhidmatan diberikan.



Acara ini menghimpunkan cendekiawan UMS, wakil daripada syarikat swasta dan wakil NGO. Sepanjang program Digital UMS ini, rangkaian aktiviti iaitu mini seminar, jerayawara, pameran, PC fair, e-sport, pertandingan video pendek, virtual run dan technology update diadakan agar semua pemain utama ICT dapat meraikan usaha mereka dan berkongsi berkenaan teknologi baharu. Antara fungsi JTMK adalah membantu memastikan wujud kesetaraan dengan industri di dalam penggunaan teknologi ICT dan merancang keperluan sistem aplikasi untuk membantu dalam pentadbiran dan pengurusan universiti berdasarkan teknologi semasa dan akan datang. Program ini sangat relevan dalam menyokong fungsi ini.

OBJEKTIF

01

Memberi pendedahan berkenaan ruang dan peluang yang ditawarkan oleh pemain ICT utama kepada warga universiti secara keseluruhan

02

Memupuk kesedaran warga universiti berkenaan perkhidmatan ICT, polisi dan pelaksanaan teknologi pada masa ini dan akan datang

03

Hebahan dan mempromosi penggunaan dan memaksimumkan faedah perkhidmatan ICT oleh universiti

04

Mendekatkan jurang pengetahuan ICT di kalangan masyarakat


05

Menyatukan warga UMS melalui aktiviti berkumpulan dan kesihatan fizikal untuk manfaat warga dan masyarakat umum

06

Memberi penerangan jelas berkenaan perkhidmatan ICT yang ditawarkan oleh universiti sama ada untuk kegunaan PdP mahu pun pengurusan

IMBAS QR CODE UNTUK ACARA PELANCARAN DAN PENUTUPAN 
PROGRAM DIGITAL UMS 2021

Takwim Jerayawara
Bil.JAFPIBTarikhMasaLokasi
1Jab. Pendaftar (termasuk Bhg. Keselamatan, BPA), Perpustakaan, HEP, HUMS, PIUMS & CQA
11 Okt2.30
Petang
-
4.30
Petang
PAUTAN
2PPDM, JPP, PPUU, PML, PPP, PPIP, PPIB, FPEP, FPSK, FPP, FPL, Pej. Canselori
14 Okt2.30
Petang
-
4.30
Petang
PAUTAN
3CIEW, PNRF, PKPP, PKLM, PIPS, FKI, FKJ, FSSA, FSMP, FSSK, U-Science, GAH-UMS, FKAL
20 Okt 2.30 Petang
-
4.30
Petang
PAUTAN
4Jab. Bendahari, Bhg. Audit Dalam, PPKA, Eco Campus, PPSKK, PPPG, Alumni, PKKP, PEP, PKLI, PPST, PLUMS
26 Okt 2.30 Petang
-
4.30
Petang
PAUTAN
5FPT, FIS, ASTIF, IPB, IPMB, IBTP, UMSKAL, Penerbit UMS, P. Sukan, PKPKP, PPPS
28 Okt2.30
Petang
-
4.30
Petang
PAUTAN

Pelbagai barangan ekslusif untuk dimenangi dalam cabutan bertuah sepanjang program Digital UMS 2021. Daftar hari ini juga, mungkin anda yang bertuah!

TATACARA PENERIMAAN HADIAH BAGI CABUTAN BERTUAH

1. Hanya peserta yang berdaftar sehingga tarikh yang ditetapkan sahaja yang layak menerima cabutan bertuah.
2. Hanya peserta yang HADIR semasa program diadakan sahaja layak menuntut hadiah.
3. Screenshot bukti paparan nama anda seperti dipaparkan semasa cabutan bertuah dan hantar menerusi Whatsapp ke pautan http://digitalums.wasap.my/

Emelkan pertanyaan, cadangan atau komen anda ke

digitalums[at]ums.edu.my

atau

hubungi kami melalui akaun rasmi WhatsApp JTMK UMS untuk sebarang pertanyaan, aduan dan bantuan teknikal.

PENGANJUR

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Jalan UMS
Universiti Malaysia Sabah
88400 Kota Kinabalu
Sabah