Pusat Kajian Strategik dan Keselamatan

RABU, 25 JUN
Pusat Kajian Strategik dan Keselamatan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) bakal memeterai Surat Hasrat (LoI) dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengukuhkan kerjasama dalam penyelidikan dan akademik yang dijadual berlangsung November depan. Pengarahnya, Dr Zaini Othman berkata perkara itu dipersetujui pada majlis pertemuan Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Mohd Harun Abdullah dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, baru-baru ini. Dr Zaini berkata selain pengukuhan terhadap jalinan sedia ada, kerjasama yang dibentuk juga akan merangkumi aspek-aspek penyelidikan dan akademik selain perkongsian kepakaran antara UMS dan PDRM. “Hasil pertemuan itu, kita juga sepakat untuk mengadakan Seminar Sempadan dan Keselamatan Nasional semasa majlis menandatangani LoI nanti. Ia dijangka akan dirasmikan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,” katanya di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Bahagian Media dan Citra Jabatan Canselori UMS di sini Rabu. Beliau berkata pertemuan itu turut membincangkan usaha UMS untuk mentransformasikan pengawal keselamatan kepada polis bantuan.
 

Media and Citra Division
Chancellery Department

 
 

Please publish modules in offcanvas position.