Soalan Lazim

SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ)

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya berlaku kecemasan di dalam kampus?
Hubungi kami di Pejabat Keselamatan di talian kecemasan 088-320 111.
 
Apakah Pakaian Rasmi pelajar University Malaysia Sabah?
Sila rujuk kepada pautan Pakaian Rasmi Pelajar University Malaysia Sabah.
 
Apakah tujuan-tujuan bagi para pelajar/staf memohon pelekat kenderaan?
Tujuan-tujuannya adalah seperti berikut:-
  • Matlamatnya adalah untuk memudahkan Pengawal Keselamatan mengenalpasti antara pelawat dan warga kampus bagi tujuan pemantauan keselamatan.
  • Tujuannya adalah untuk memastikan pelekat kenderaan dipaparkan pada kenderaan mereka apabila pemilik kenderaan memasuki kampus UMS.
  • Semua kenderaan yang memasuki kampus UMS mesti mempunyai pelekat yang dipaparkan dengan jelas.
  • Tindakan boleh diambil terhadap pemilik yang tidak memiliki pelekat kenderaan universiti yang rasmi dan sah.
  • Setiap pelajar hanya dibenarkan memohon satu pelekat sahaja sama ada untuk sebuah kereta atau untuk sebuah motorsikal dari Pejabat Keselamatan di Bahagian Keselamatan, Universiti Malaysia Sabah.
  • Setiap pelekat kenderaan hanya sah untuk setahun sahaja.
  • Setiap pelekat kenderaan hanya sah untuk setahun sahaja.
  • Setiap pelekat yang dikeluarkan kepada pelajar dikenakan bayaran sebanyak RM2.50 untuk setiap pelekat.
 
Apakah cara permohonan dan dokumen yang perlu saya bawa ke Pejabat Keselamatan supaya permohonan pelekat kenderaan saya dapat diproses?
Anda harus muaturun borang permohonan di portal Bahagian Keselamatan dan bawa bersama dokumen-dokemen berikut ke Pejabat Keselamatan:

          1. Polisi insuran yang sah
        2. Lesen memandu yang sah
        3. Kad matrik yang sah

Untuk pelajar antarabangsa, sila kemukakan yang berikut:

        1. Polisi insuran yang sah
        2. Lesen memandu yang sah
        3. Kad matrik yang sah
        4. Salinan passport yang sah
        5. Salinan visa yang sah

 
Dimanakah saya dapat memperolehi maklumat tentang Disiplin Pelajar dan Disiplin Lalu Lintas di University Malaysia Sabah?
Sila rujuk kepada pautan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971.
 
Kepada siapakah saya boleh mengadu apabila saya mengesyaki pelawat yang mencurigakan merayau-rayau di sekitar fakulti saya, kolej kediaman saya atau kampus?
Hubungi kami di talian kecemasan 088-320 111
 
Apakah yang perlu saya lakukan jika berlaku kemalangan ketika saya sedang memandu di kampus?
Hubungi kami di talian kecemasan 088-320 111.
 
Apakah yang perlu saya lakukan jika saya dapati sepohon pokok besar tumbang di tengah-tengah jalan di kawasan kampus?
Hubungi kami di talian kecemasan 088-320 111
       
 
Sekiranya kenderaan saya di"clamp" di dalam kampus, siapakah yang perlu saya hubungi, berapakah jumlah kompaun yang dikenakan dan dimanakah harus saya membuat bayaran?
Hubungi kami di talian kecemasan 088-320 111.
 
Sekiranya saya ingin memohon papan tanda arah, siapakah yang harus saya hubungi?
Sila hubungi di talian 088 – 320 000 samb 5000 atau emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Please publish modules in offcanvas position.