W.E.L.C.O.M.E

TO UMS AUXILIARY POLICE DEPARTMENT

.

.

Our Services

STUDENT VEHICLE STICKER APPLICATION
STAFF VEHICLE STICKER APPLICATION HRONLINE V4

Our Gallery

Others link

Find Us

  • Address: Pejabat Bahagian Keselamatan UMS, 
  •                           Jalan UMS, 88400, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA.
  • Hotline: (+6088) - 329 053
  •  Hotline / Whatsapp: (+6012) - 7922979
  • Fax: (+6088) - 320 392
  • Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Terms of Use | Disclaimer | Privacy Policy  | Security Policy 
  • Last Modified: Rabu 06 Julai 2022.

MISI

Misi bahagian ini ialah memberikan perkhidmatan yang Cekap, Mesra dan Berintegriti bagi memastikan persekitaran kampus selamat dari sebarang ancaman dan bahaya.

VISI

Bahagian Keselamatan sebagai pusat pengurusan keselamatan Universiti yang cekap berteraskan kecemerlangan sumber manusia dan teknologi ke arah pencapaian visi universiti.

OBJEKTIF

  • Memberi perkhidmatan keselamatan kepada warga dan harta Universiti
  • Menguatkuasakan peraturan dan undang-undang universiti secara tepat dan berkesan.
  • Melaksanakan kawalan keselamatan yang sistematik dan berterusan.
  • Menguruskan Keselamatan Kesihatan dan Kebombaan Universiti dengan cekap.


BISMILLAH

                                       Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

   

head security  Bermula pada tahun 2008, Bahagian Keselamatan telah diberikan kepercayaan penuh untuk menjalankan fungsi dan urusan pentadbiran di sebuah bangunan baru yang berdekatan dengan Pusat Penantaraan Ilmu dan Bahasa. Ini adalah langkah yang sangat tepat memandangkan penambahan kakitangan dan perluasan fungsi Bahagian Keselamatan, seiring dengan perkembangan pesat Universiti Malaysia Sabah.

    Kami di Bahagian Keselamatan sesungguhnya senatiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi memastikan semua kakitangan mahupun pelajar dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan tanpa rasa bimbang terhadap aspek keselamatan di dalam kampus Universiti Malaysia Sabah. Adalah penting bagi semua untuk memahami bahawa aspek keselamatan di Universiti bukanlah terletak sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Keselamatan sahaja. Sebaliknya, ia merupakan tanggungjawab bersama yang perlu dipikul oleh semua individu yang bergelar pelajar mahupun kakitangan Universiti Malaysia Sabah.

   Para pengunjung juga perlulah mematuhi peraturan Universiti sepanjang berada di dalam kawasan kampus. Sebagai organisasi yang bertanggungjawab untuk memastikan peraturan keselamatan universiti sentiasa dipatuhi, semua kakitangan Bahagian Keselamatan sentiasa tegas dalam melaksanakan tugas-tugas yang telah diamanahkan. Pada masa yang sama, layanan dan komunikasi yang baik kepada semua warga universiti mahupun pelawat adalah menjadi keutamaan kami.

  Adalah diharapkan agar semua pihak berasa tenang dan selesa sepanjang berurusan dengan kakitangan Bahagian Keselamatan. Akhir kata, marilah kita bersama-sama meningkatkan persefahaman dan seiring dalam usaha mencapai objektif dan matlamat utama Universiti Malaysia Sabah.

Lt. Kol. Abdul Talib Ariffin (B)

Ketua Bahagian Keselamatan 

Universiti Malaysia Sabah


 

 

 

 

 

                                                                                                                                                                                
{slider=My first slider in Joomla!}
some text here
{/slider}
{slider=Joomla! is the best}
some more text here
{/slider}
{slider=Third one}
some more text here and so on...
{/slider}

Halaman 1 dari 4