PENGENALAN

Cetak

 

BAHAGIAN KESELAMATAN

bahkes
   
   Ketenteraman serta keselamatan warga dan harta dalam organisasi adalah satu tanggungjawab yang amat penting dan utama. Universiti Malaysia Sabah (UMS) merupakan satu entiti yang besar, mempunyai nilai harta melebihi RM2 billiondan keluasan kawasan menjangkau 1000 ekar serta warganya seramai 18,000 orang pada ketika ini.
 
  Hakikat ini menyebabkan universiti ini terdedah kepada pelbagai ancaman dan cabaran dari segi ketenteraman serta keselamatan. Bahagian Keselamatan telah diberi tanggungjawab melaksanakan dasar-dasar berhubung dengan ketenteraman dan keselamatan tersebut.