PENGENALAN

KESUMBA atau nama penuhnya Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah telah ditubuhkan dengan rasminya pada 19 Oktober 1996. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Prof. Datuk Seri Panglima Dr. Abu Hassan Othman, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah dan sekaligus mengadakan Mesyuarat Agung Penubuhannya. KESUMBA juga telah berdaftar dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan pada April 1998.

MOTO

Moto KESUMBA ialah "Maju Sehati" yang bermaksud usaha sehati menuju ke arah kemajuan

MATLAMAT

Mencapai persefahaman, kerjasama, kesejahteraan ahli-ahli menerusi kegiatan-kegiatan kelab

Mengadakan dan menjalin hubungan dengan badan-badan social lain yang sesuai dengan tugas dan matlamat persatuan

Berusaha membantu dan meninggikan imej serta nama baik UMS

Mengadakan, menganjur dan melaksanakan aktiviti-aktiviti dalam bidang sosial dan kebajikan.

Facebook Page KESUMBA

Jawatankuasa Tertinggi KESUMBA Sesi 2019-2021

20150523 121943IMG-20150523-WA0015

Gotong Royong KESUMBA telah diadakan pada hari Sabtu bersamaan 23 Mei 2015. Objektif program ini adalah untuk membersihkan taman herba teratak dan taman Pusat Minda Lestari atau dahulunya dikenali sebagai Pusat Perkembangan Kanak- Kanak (PPK), UMS. Selain itu, terdapat beberapa pokok yang ditanam untuk menjadikan persekitaran taman lebih ‘hijau’.

Atas keprihatian KESUMBA, pihak KESUMBA telah memberikan sumbangan kepada Pusat Minda Lestari, UMS. Sumbangan disampaikan oleh Datin Baidah Ibrahim, Yang Dipertua KESUMBA dan juga selaku Ahli Lembaga Pengelola Pusat Minda Lestari UMS kepada Puan Rohani Abdullah. Sumbangan yang diterima merupakan 120 helai sarung bantal kanak-kanak, 10 set sejadah dan telekung kanak-kanak dan juga 10 pokok tanaman.

Please publish modules in offcanvas position.